Sunday, December 31, 2006

Kuliah.

Petikan kuliah Riyadhus Shalihin di Kuala Lumpur pada Mac 2006. Hukum Di Dlm Islam Untuk Menjaga Persekitaran in 3 parts.



Keadilan perundangan Islam.



Ruh & Kehebatan Islam Terpancar Apabila Hukum Allah Dilaksanakan Mengikut Ketetapan.

Friday, December 29, 2006

Something to ponder..

Excerpt from this book, "Siapakah Ahli Sunnah yang sebenar" by Dr Azwira Abdul Aziz link here --> Click!

Memerangi Bid’ah Adalah Salah Satu Daripada Isu Pokok Agama Islam

Amalan bid’ah ialah amalan rekaan dalam urusan agama yang bercanggah dengan jalan pemikiran, pendekatan, perbuatan, perkataan, pembawaan dan pegangan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Dengan perkataan lain, ia bermaksud amalan dan pegangan yang bercanggah dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam beribadat dan beragama. Suruhan supaya menjauhi perkara bid’ah terkandung dalam banyak nas syara’, antaranya sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

فإنه من يعش منكم بعدي فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين تمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة

Maksudnya: “Maka, sesungguhnya sesiapa di antara kamu yang hidup selepasku dia akan melihat banyak perselisihan, maka hendaklah kamu berpegang dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafa’ Rashidin Mahdiyyin, gigitlah ia (sekuat hati) dengan gigi geraham, dan hendaklah kamu jauhi perkara yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana ia adalah bid’ah sedangkan setiap bid’ah itu adalah sesat” [Abu Daud, Sulaiman Ibn Al-Asy-‘Ath, Sunan Abi Daud, Dar Al-Hadith, Beirut, 1974, No:4607 At-Tirmizi, Muhammad Ibn Isa, Sunan At-Tarmizi, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Beirut, 1987, No: 2510 dan Ibn Majah, Muhammad Ibn Yazid Al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, Dar Ihya’ Al-Kutub Al-‘Arabiyyah, Kaherah, t.th, No: 4036. Hadith ini telah dinilai sahih oleh Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah As-Sahihah, Maktabah Al-Ma’arif, Riyadh, 1996, 6: 526, No: 2735].

Dari sudut bahasa, ungkapan فعليكم yang bermaksud “hendaklah kamu berpegang” diistilahkan sebagai ism fi’l amar (katanama suruhan) yang membawa konsekuensi hukum wajib. Kedudukan maksud suruhan yang terkandung dalam hadith ini sama seperti kedudukan maksud suruhan yang terkandung dalam firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: كتب عليكم الصيام yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu berpuasa” [Al-Baqarah, 2: 183]. Oleh itu, perintah supaya berpegang teguh dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam seperti yang terkandung dalam hadith itu mesti difahami sebagai suatu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Islam sama seperti kewajipan solat, puasa dan lain-lain.

Justeru suruhan supaya menjauhi perkara bid’ah juga mesti dilihat sebagai suatu tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh seluruh umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam, sama seperti suruhan supaya berpegang dengan Sunnah Baginda. Dengan perkataan lain, jika berpegang dengan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu hukumnya wajib, maka menjauhi perkara bid’ah itu juga mesti dilihat sebagai wajib.

Gejala bid’ah adalah antara perkara yang diberi perhatian serius oleh Islam. Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah banyak memberi peringatan tegas kepada umatnya supaya menjauhi semua perkara tersebut, dan peringatan Baginda itu tentulah mengandungi hikmah-hikmah yang tidak boleh dipandang remeh begitu sahaja. Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam:

أنا على حوضي أنتظر من يرد علي فيؤخذ بناس من دوني حتى إذا أهويت لأناولهم اختلجوا دوني، فأقول: أي رب! أمتي، فيقول: ما تدري ما أحدثوا بعدك.

Maksudnya: “Sedang aku menunggu orang datang menemuiku di kolamku (di Syurga), tiba-tiba dibawa datang sekumpulan manusia di bawahku sehingga aku tunduk untuk mencapai mereka tetapi mereka berjatuhan di bawahku, lalu aku mengeluh: “Wahai Tuhanku! (mereka adalah) umatku”. Dia (Allah) berfirman: “Kamu tidak tahu apa yang telah mereka ada-adakan (perkara bid’ah) selepasmu” [Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 3, No: 7048, 7049]

Hadith ini menunjukkan bahawa amalan bid’ah yang dilakukan oleh umat Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam akan menghalang mereka daripada mendapat keselamatan pada Hari Akhirat kelak. Menjelaskan hikmah di sebalik peringatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ini, Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah berkata:

Maksudnya: “Dan sebab (bagi) peringatan ini ialah (kerana) sesungguhnya (orang) yang mengadakan bid’ah itu kadang-kala mengambil mudah dengannya kerana keremehan perkara itu pada peringkat awalnya, sedangkan dia tidak perasan kerosakan yang akan berlaku akibatnya…” [Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Fath Al-Bari Bi Sharh Sahih Al-Bukhari, Dar Al-Ma’rifah, Beirut, 1379H, 13: 302].

Dalam konteks ini juga, Al-Barbahari rahimahullah berkata:

“Dan awasilah perkara-perkara bid’ah kecil kerana ia akan berulang sehingga menjadi besar. Demikianlah setiap (amalan) bid’ah yang diada-adakan di kalangan umat ini, pada mulanya adalah kecil dan mirip kepada kebenaran sehingga orang yang memasukinya (melakukannya) tertipu dengannya. Kemudian dia tidak dapat keluar lagi darinya lalu ia membesar dan menjadi satu agama yang dianuti sehingga menyalahi jalan yang lurus dan akhirnya terkeluar dari ajaran Islam” [Hasan ibn ‘Ali Ibn Khalaf Al-Barbahari (329H), Sharh As-Sunnah, dalam ‘Ali Ibn Hasan Ibn ‘Ali Ibn ‘Abd Al-Hamid Al-Halabi, ‘Ilm Usul Al-Bida’, Dar Ar-Rayah, Riyadh/Jeddah, 1417H, Hal: 247. Lihat juga edisi terjemahan oleh Zainal Abidin LC, Dar El-Hujjah, Jakarta, Indonesia, 2002, Hal: 39].
Berdasarkan hakikat ini, maka usaha menghidupkan Sunnah dan mematikan Bid’ah perlu dilihat sebagai usaha terpuji, malah ia termasuk dalam kerja-kerja amar ma’ruf dan nahi mungkar yang paling utama. Menyedari kepentingan dan kewajipan menjauhi perkara bid’ah, maka para Sahabat tidak memandang ringan terhadap sebarang bid’ah meskipun perkara itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai sesuatu yang kecil. Bahkan kerana bimbang akan terlanjur melakukan perkara haram mereka mengambil langkah berwaspada dengan meninggalkan sebahagian daripada perkara harus dan shubuhat.

Dalam sebuah athar sahih [athar-Riwayat berkenaan amalan para Sahabat radhiallahu ‘anhum] riwayat Ad-Darimi, Abu Musa Al-Asy’ari radhiallahu ‘anh memberitahu Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam halaqah (bulatan) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih dengan menggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan juga para Sahabat radhiallahu ‘anhum. Mendengar yang demikian, Ibn Mas’ud menuju ke tempat halaqah zikir itu lantas menegur mereka dengan katanya:

عَدُّوا سيِّئاتِكم فأنا ضامن أن لا يضيعَ من حسناتِكم شيء، ويْحَكم يا أمّة محمد! ما أسرع هلكتَكم، هؤلاء صحابة نبيكم صلى الله عليه وسلم متوافرون، وهذه ثيابه لم تبْلُ وآنيته لم تُكْسر، والذي نفسي بيده إنكم لعلى ملةٍ أهدى من ملة محمد أو مفتّحو باب ضلالة؟

Maksudnya: “Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat (Nabi) Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam masih ramai, baju Baginda inipun masih belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di Tangan-Nya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan?”

Mendengar kata-kata Ibn Mas’ud ini, mereka menjawab:

والله يا أبا عبد الرحمن! ما أردْنا إلا الخير.

Maksudnya: “Demi Allah wahai Abu ‘Abd Ar-Rahman! [Abu ‘Abd Ar-Rahman ialah kuniyah bagi Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh] Tujuan kami hanya untuk kebaikan”.

Mendengar jawapan mereka itu, Ibn Mas’ud ‘berkata:

وكم من مريدٍ للخير لن يصيبه إن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثنا ((أن قوما يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم)) وأَيْم الله ما أدري لعل أكثرهم منكم.

Maksudnya: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya). Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu kami: “Bahawa ada satu kaum yang membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka” [Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, No: 3166, 3415, 4094, 4770, 4771, 6531, 6532, 6995 dan 7123. Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Dar Ihya’ At-Turath Al-’Arabiyy, Beirut, 1991, No: 1063, 1064 dan 1066]. Demi Allah! Aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu”.

Kemudian ‘Amr Ibn Salamah [Seorang tabi’en thiqah dan juga murid kepada Ibn Mas’ud yang meriwayatkan athar tersebut] berkata (maksudnya): “Kami melihat semua lelaki yang berada dalam halaqah itu menyertai puak Khawarij lalu menyerang kami pada hari peperangan An-Nahrawan” [Ad-Darimi, ‘Abd Allah Ibn ‘Abd Ar-Rahman, Sunan Ad-Darimi, Dar Al-Kitab Al-’Arabi, Beirut, Lubnan, 1407, 1: 79, No: 204. Sanad hadith ini telah dinilai sahih oleh Al-Albani dalam kitabnya Islah As-Sajid (Hal: 11). Lihat: Ad-Durar As-Saniyyah, atas talian: http://www.dorar.net./mhadith.asp].

Peristiwa yang berlaku pada zaman Sahabat radhiallahu ‘anhum ini mengandungi banyak pengajaran yang harus dihayati oleh umat Islam. Antara pengajaran itu ialah:

Pertama: Bahawa amalan berzikir dalam halaqah beramai-ramai dengan menggunakan biji-biji batu adalah suatu bid’ah yang menyalahi Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para Sahabat radhiallahu ‘anhum.

Kedua: Kata-kata Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya)”, sebagai jawapan terhadap alasan yang mereka berikan, mengukuhkan lagi dasar penolakan Islam terhadap falsafah ‘tujuan menghalalkan cara’.

Ketiga: Kata-kata ‘Amr Ibn Salamah bahawa beliau melihat semua lelaki yang mengadakan halaqah zikir itu menyertai puak Khawarij untuk memerangi para Sahabat radhiallahu ‘anhum, menunjukkan bahawa sikap mengambil mudah terhadap perkara bid’ah akhirnya mengheret pengamalnya ke arah bid’ah yang lebih bahaya dan lebih besar.

Keempat: Orang yang menegur dan menjelaskan perkara bid’ah tidak sekali-kali akan terpengaruh dengan pemikiran puak Khawarij, sebaliknya orang yang mengamalkan bid’ah itulah sebenarnya yang akan terheret ke dalam pemikiran puak berkenaan.

Kelima: Kepentingan menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat tidak harus dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan terhadap sesuatu amalan bid’ah, asalkan penjelasan itu disampaikan melalui cara dan saluran yang betul.

Keenam: Kekerdilan sesuatu perkara agama pada pandangan sesetengah pihak tidak harus dijadikan alasan untuk memandang remeh perkara tersebut.

Thursday, December 28, 2006

Read all about it..

Read an e-book version of this book, "Siapakah Ahli Sunnah yang sebenar" by Dr Azwira Abdul Aziz here --> Click!

Excerpt from book;

Berdasarkan penjelasan dan perbincangan dalam buku ini juga, dapat dikenal pasti bahawa gelaran Wahabi adalah sesuatu yang sengaja dicipta dan dipopularkan oleh para pendukung bid’ah semata-mata untuk memburuk-burukkan imej para pendukung Sunnah di Malaysia pada kaca mata orang ramai. Demikian juga segala tohmahan yang dilontarkan seperti mujassimah, musyabbihah, jahil terhadap ilmu fiqh dan usul fiqh, pemecah belah masyarakat, pengganas dan penentang kerajaan Islam. Semuanya adalah tuduhan palsu yang sekadar mengesahkan kejahilan, kejahatan dan pengkhianatan pihak yang membuat tohmahan itu sendiri. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً

Maksudnya: “Dan orang yang menyakiti para mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul suatu pembohongan dan dosa yang nyata[Al-Ahzab, 33: 58]

وَمَن يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْماً ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئاً فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً

Maksudnya: “Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau dosa kemudian dia menuduh orang yang tidak bersalah dengannya, maka sesungguhnya dia telah memikul suatu pembohongan dan dosa yang nyata[An-Nisa', 4: 112]

Sebelum berpisah, penulis menyeru kepada pihak-pihak yang berwajib agar lebih prihatin terhadap penyelewengan agama dalam bentuk mentahrif (mengubah) maksud hadith, mengkafir para Sahabat dan mentohmah para ulama. Ini kerana sesungguhnya cara pengkhianatan seumpama itu menyamai cara pengkhianatan Yahudi yang memesongkan ajaran para Anbiya’, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud: “Iaitu orang-orang Yahudi, mereka mentahrif (mengubah) perkataan dari tempat-tempatnya…” [An-Nisa’, 4: 46]

Justeru benarlah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “…Kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji tetapi tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman” [Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari (Bersama Fath Al-Bari), Tahqiq dan Tarqim: Muhib Ad-din Al-Khatib dan Muhammad Fuad ‘Abd Al-Baqi, Dar Al-Matba’ah As-Salafiyyah, Kaherah, Mesir, 1407H, No: 3650. “As-Siman” bererti kegemukan disebabkan lemak yang banyak, mengisyaratkan kepada kehidupan yang mewah]

Dari Manakah Asal Usul Gelaran Wahabi?

Excerpt from this book.. "Siapakah Ahli Sunnah yang sebenar" by Dr Azwira Abdul Aziz link here --> Click!

Jika dilihat dari sudut bahasa, perkataan Wahabiyyah itu sangat quddus (suci) kerana ia berasal daripada perkataan Wahhab yang merupakan salah satu daripada nama Allah Subhanahu wa Ta’ala (Al-Wahhab). Perkataan Wahhab itu juga sinonim dengan nama ayahnya ‘Abd Al-Wahhab, manakala namanya yang sebenar (Muhammad) menyamai nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika dilihat dari segi kesesuaian nama, sepatutnya gerakan itu digelar Muhammadi dan bukannya Wahabi, kerana orang yang dianggap sebagai pengasas gerakan itu bernama Muhammad dan bukannya Wahhab.

Persoalannya, kenapakah suatu gerakan yang dianggap sesat itu digelar dan dinisbahkan kepada nama Allah yang Maha Quddus, dan juga kenapakah ia dinisbahkan kepada nama ayah dan bukan kepada nama sebenar tokoh berkenaan? Sebenarnya, penulis sendiri sejak sekian lama tertanya-tanya berkenaan hal ini, sehinggalah seorang sahabat mengisyaratkan kepada kewujudan sebuah risalah yang membahaskan persoalan tersebut.

Risalah itu mencatatkan bahawa istilah Wahabiyyah itu pada asalnya adalah gelaran bagi puak-puak Khawarij yang muncul di kawasan Utara Afrika dan Maghribi. Ia dinisbahkan kepada pimpinan puak Khawarij kerajaan Ar-Rustumiyyah bernama ‘Abd Al-Wahhab Ar-Rustumi dan juga pimpinan puak Khawarij Al-Haruriyyah yang bernama ‘Abd Allah Ibn Wahab Al-Wasibi. Kedua-dua puak Khawarij ini muncul lama sebelum kemunculan gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab [Muhammad ibn Sa’ad Ash-Shuwai’ir, Tashih Khata’ Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, 1413H, Hal: 4, Dalam Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2004, Hal: 36]

Oleh kerana ada persamaan pada nama mereka dari segi kewujudan perkataan wahhab itu, maka persamaan itu, yang lebih merupakan satu “kebetulan”, diambil kesempatan oleh para pendukung bid’ah untuk mengaitkan gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dengan puak berkenaan. Dengan memberinya gelaran puak Khawarij, maka mereka telah berjaya memburukkan imej gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab pada kaca mata sebahagian besar umat Islam yang jahil. Akibatnya,usaha baik yang dilancarkan untuk memurnikan tauhid, membetulkan aqidah dan menghidupkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah disalah anggap sebagai gerakan Khawarij yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Imej gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu menjadi lebih buruk apabila para pendukung bid’ah dengan niat yang jahat sengaja mengaitkannya dengan faktor kejatuhan kerajaan ‘Uthmaniyyah Turki (akan dijelaskan dalam perbincangan Tohmahan 7, insyaAllah). Manakala pada hari ini, terutamanya selepas peristiwa 11 September, istilah wahabiyyah digunakan secara negatif pula oleh media-media barat bagi menggambarkan para pendukung Sunnah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai fundamentalis, ekstrimis, pengganas dan militan agama. Apa yang menyedihkan persepsi negatif barat ini diterima pakai oleh umat Islam sendiri sehingga mereka turut memerhatikan saudara seislam mereka melalui kaca mata barat. Wala Haula Wala Quwwata Illa Billah.

Friday, December 22, 2006

Listen and reflect

A recitation by Sheikh Mishari Al-Afasy of the verses 38-65 of surat Ghafir (Surah 40 of the Holy Quran). Listen and reflect on the English translations at the same time.

Thursday, December 21, 2006

Penjelasan Dr Mohd Asri

Full length Dr Mohd Asri(Perlis state Mufti) ceramah on his recent statements on khalwat and other issues that have been making waves across the whole Malaysian state.

Why is it hot stuff? He voiced out on issues that other Muftis don't dare to talk about/prefer to keep-in-view. It seems that he's not gaining popularity among some Muftis and Menteri-s/Dato'2 but he'd rather speak out the truth, all for the sake of preserving Islam to its original state according to al-Quran and as-Sunnah. May Allah SWT help him. About 1 hr 15mins. Do watch if you have the time. Insya-Allah, you'll get something out of it.

Wednesday, December 20, 2006

This is good, Allah Almighty knows best.

The Story of an African King and His Friend
Qisas.com

A story is told about a King in Africa who had a close friend that he grew up with. The friend had a habit of looking at every situation that ever occurred in his life (positive or negative) by remarking, “This is good, Allah Almighty knows best”

One day the King and his friend were out on a hunting expedition. The friend would load and prepare the guns for the King. The friend had apparently done something wrong in preparing one of the guns, for after taking the gun from his friend, the King fired it and his thumb was blown off.

Examining the situation the friend remarked as usual, “This is good! Allah Almighty knows best.”

To which the King replied, “No, this is NOT good!” and ordered his soldiers to put his friend into jail.

About a year later, the King was hunting in an area that he should have known to stay clear of. Cannibals captured the King and took him to their village. They tied his hands, stacked some wood, set up a stake and bound him to the stake.

As they came near to set fire to the wood, they noticed that the King was missing a thumb. Being superstitious, they never ate anyone who was less than whole. So after untying the King, they chased him out of the village.

When the King reached his Palace, he was reminded of the event that had taken his thumb and felt remorse for his treatment of his friend. He went immediately to the jail to speak with his friend.

“You were right” the King said, “It was good that my thumb was blown off.” And he proceeded to tell the friend all that had just happened. “I am very sorry for sending you to jail for so long. It was bad for me to do this.”

“No,” his friend replied, “this is good…Allah Almighty knows best”

“What do you mean, ‘this is good’! How could it be good that I sent my friend to jail for a year?”

The King’s friend replied: “Remember that the Almighty knows best and if I had NOT been in jail, I would have been with you on that hunting trip.”

“He knows what is before them and what is behind them: And to Allah go back all questions (for decision)”
Qur’an: Surah Al Hajj 22:76

Do Not Judge Things or Events by its Immediate Outcome!

Although the decisions of Allah Ta’alah may seem harsh to us, they are full of wisdom.

Tuesday, December 19, 2006

Operasi cegah khalwat kena ikut peraturan

A simple news article.. many things we can learn from it. Link Here!

Excerpt from article;

“Islam menyatakan jangan kamu syak. Jauhilah daripada sangkaan. Jangan kamu intip-mengintip. Kalau pegawai penguat kuasa dapat laporan, dia kena siasat sama ada laporan itu betul atau tak betul. Kalau tak pasti, biarkan. Perkara yang tak pasti, jangan masuk campur.

Mungkar yang terbuka, kita tak kacau pun. Orang berpeluk atas pentas, disiarkan dalam televisyen, kita tak kacau pun. Yang dalam bilik kita pergi cari. Adakah ia terbit daripada kesungguhan atau sentimen? Dia tak kisah apa yang berlaku depan matanya. Dia tunggu orang masuk bilik, baru tangkap,” katanya kepada ditemui di sini, semalam.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri menjelaskan, khalwat adalah dosa antara seseorang dengan Allah dan umat Islam yang lain seboleh-bolehnya harus menutup keaiban itu untuk memelihara maruahnya, sejajar konsep memelihara maruah umat yang dianjurkan Islam untuk membimbingnya ke jalan benar.

Sementara itu, Timbalan Mufti Sarawak, Dr Juanda Jaya berkata falsafah Islam adalah memberi rahmat kepada umatnya, bukan untuk menjatuhkan maruah mereka dengan menghebahkan kepada umum.

“Kalau jenayah membabitkan dia dengan Allah, seboleh-bolehnya kita tutup. Kalau jenayah membabitkan dia dengan manusia, kena ada perundingan sama ada orang itu reda atau tidak.

Amal makruf nahi mungkar kena ada adab. Kita kena mendidik, bukan menghukum. Bukan sifat Islam hendak mengesyaki orang. Islam tak suruh kita memalukan orang. Manusia berdosa, tetapi berilah peluang dia bertaubat tetapi kalau dia sudah dimalukan, nanti dia kata alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,” katanya.

Also see;

youtube vid mengenai perkara ini berkaitan dengan hadith2 Nabi s.a.w from Imam Nawawi's Riyadhus Shalihin..

Maksiat Jelas & Tertutup



Maksiat Jelas & Tertutup 2

Monday, December 18, 2006

Muslim Woman's Attire Is Not An Issue

Alhamdulillah, a victory for Islam! (Citing words from the vid uploader); She has proven that proper attire as a Muslim woman does not forbid her to win the 200m Asian Games Gold medal. Congratulations Ruqaya. Verily, Islam does not oppress women.

Sunday, December 17, 2006

balik kampung

Salam all, hmm havent wrote anything personal for a while now.. aand still don't intend to, i'd rather keep any personal thoughts or feelings to myself.. just some pics though



looking out for cow-dung



illegal, kampung style



santai.. looks so inviting uh?



my roots.



you won't see much chickens crossing the road here..

Thursday, December 14, 2006

Pusat Negara2 and misleading writers

Just a little something to share. Excerpt taken from a book,"Riwayat Hidup Rasulullah s.a.w." by Abul Hasan Ali Al-Hasany An-Nadwy cetakan Pustaka Nasional(Pg 30-31)

Dalam harian "Al-Ahram" tanggal 15 Muharram 1397H (5 January 1977), Dr. Husin Kamaluddin, Kepala Bagian Handasah Modern dari Fakultas Handasah dari Universiti Riyadh, mengumumkan dalam perjumpaan dengan para wartawan di Kairo, bahawa beliau sudah sampai kepada kesimpulan yang berupakan Pandangan Geografi (pendapat baru dalam ilmu geografi) yang menguatkan bahawa Mekkah al-Mukarramah letaknya betul-betul di pusat daratan bumi. Penyelidikan beliau ini dimulainya dengan membuat peta bumi dengan ukuran jarak yang tepat dari seluruh tempat di permukaan bumi dengan kota Mekkah.

Penyelidikan ini mulanya dimaksud untuk menciptakan satu alat yang murah untuk menentukan kiblat. Tetapi secara kebetulan sekali dari penyelidikan itu terbukti bahawa Mekkah betul-betul terletak di pusat daratan bumi, sesuai dengan bunyi ayat al-Quran yang menyebut bahawa Mekkah adalah "UMMUL QURAA"(PUSAT NEGARA-NEGARA). Baca al-Quran surah al-An'aam ayat 92 artinya sebagai berikut:

"Dan ini (al-Quran) adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkahi, yang membenarkan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, agar engkau (Muhammad) memberi peringatan kepada penduduk UMMUL QURAA (PUSAT NEGARA-NEGARA) (yaitu penduduk kota Mekkah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman terhadap kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (al-Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyang mereka."

Anyway, if anyone out there planning to read and find out more about Prophet Muhammad s.a.w. I would recommend the book above. I've read there's an English translation on the book also. If not, search for an author by the name of Karen Armstrong.

There are many books on the prophet written by writers from different backgrounds and religion. Please be careful when reading because some of these books which are easily available at bookstores or the public libraries are written not to relate the truth about Prophet Muhammad but to mock and create even more confusion for those want to know more about him.

I have browsed through such a book written by an atheist. In the book, the author questioned about the sanity of the prophet!? He even went as far as discussing the different types of mental illnesses a person can have and tried to match one of them with the prophet. He cannot fathom how the prophet came about receiving "wahyu" from AllahSWT (because he don't believe in God in the first place!) So most of his writings are trying to reason with things that cannot be seen. And many of the facts that were stated in there were wrong and appalling! One of them, about how the prophets' wives started to cry and wailed loudly, beating themselves on their chest upon knowing of the prophets' death while we muslims know that this act is despised and forbidden in Islam. And this kind of book is displayed at the public library. What would those who are ignorant of Islam think when they read it?

Here's another example in an article,excerpt of an an interview with Karen Armstrong.

Armstrong explains how the media in the US attempted to silence opposing voices after 11 September. For example, she had been commissioned by the New Yorker magazine to write an article on Islam, but the article was killed and the magazine published one by the academic Bernard Lewis instead.

"They thought I am an apologist for Muslims, because my article was about the prophet as a peacemaker, and this did not suit their agenda as much as Lewis's did. Both Lewis and Kramer are staunch Zionists who write from a position of extreme bias. But people need to know that Islam is a universal religion, and that there is nothing aggressively oriental or anti-Western about it. Lewis's line, on the other hand, is that Islam is an inherently violent religion," she said.

So please be careful while reading! To be safe, look out for well-known credible authors or best, books from muslim scholars like the one above and read up the introduction page first before delving into the book.

Friday, December 08, 2006

Check it out!!

Salam all, i really recommend vids at ummahfilms.com from bro Ali to anyone. The stuff about Islam that he's saying is so true, straight to the point and he managed to put the message across in a simple and light hearted manner. Alhamdulillah. Do check out the vids if you're free.

And here an interesting fact.. He's a muslim revert!? Notice I used the word "revert" instead of "convert"? I'll explain it by highlighting a paragraph from an article at saifulislam.com..

"Istilah REVERT yang memberi makna ‘kembali pulang’ adalah istilah yang lebih suka digunakan oleh masyarakat Barat yang memeluk Islam. Mereka tidak suka menggunakan perkataan CONVERT kerana ia mempunyai persepsi yang negatif seolah-olah Islam ini mengubah seorang manusia dari satu kepercayaan kepada kepercayaan yang lain. Walhal, memeluk Islam itu sebenarnya adalah kembalinya manusia itu kepada fitrah, acuan Allah yang datang bersama kelahiran setiap insan."

translation to English: The word REVERT which means 'returning to something' is a term preferred by western or any other muslim converts. They don't like to use the word CONVERT because it gives a negative perception as if Islam brainwashes a person to change from one belief to another (note: there is no compulsion in Islam). To them, accepting Islam is the return of a person to their natural status as a muslim. The status of a newborn baby brought into this world by AllahSWT free from other influences.

"Culture vs Islam"


"Who Hijacked Islam?"

Wednesday, December 06, 2006

Erti sebuah perkahwinan

One of my friends getting married this weekend.. Congrats! Talking about marraige, there's this article from saifulislam.com. I feel that its a good article for all, especially those who're thinking, about to enter or already married. Here's the link "Erti sebuah perkahwinan"

Excerpt from article;

"....Saya masih ingat pesanan seorang senior saya di Belfast.

“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”, kata Kak Naz dan Abang Rozli semasa saya menyuarakan rancangan saya untuk berumah tangga.

Nasihat itu saya pegang hingga hari ini...."

"....Saya termenung. Kebetulan semasa itu saya sedang out station di Labuan. Berikut adalah jawapan saya kepadanya,

“Kebahagian rumah tangga bukanlah pada kuantiti masa yang diluangkan bersama isteri dan anak-anak. Penentunya adalah kualiti. Berapa ramai yang meluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama. Mereka sebumbung tetapi masing-masing mengadap TV, tidak berkomunikasi. Ustaz sentiasa cuba pastikan setiap masa yang ada untuk bersama isteri dan anak-anak, digunakan sebaik mungkin untuk benar-benar bersama. Lihatlah Ismail alayhi al-Salaam. Sering ditinggalkan bapanya. Tetapi Ismail tidak pernah memusuhi Ibrahim. Mereka bertemu kerana Allah, mereka berpisah kerana-Nya jua.”

Its a long article actually. Take your time reading and pondering, insya-Allah you'll get something out of it. Wassalaam.

reflect..

Listen and reflect.. beautiful recitation by Sheikh Fahed Al-Kanderi, Surah ash-Shura (Verses 36-53)

Friday, December 01, 2006

Ponder with humor..

Assalaamu'alaik all.. Sit back, rileks, learn and njoy the vids.. Sad but TRUE.. you can get more from www.ummahfilms.com

Funny things you see during Friday prayers..



$25,000 Muslim Weddings!!

Wednesday, November 29, 2006

bloghopp

Spotted from Sahalfikri, Bab hak isteri and cinta..untuk renungan bersama "Isteri itu anugerah bukan hak milik"

Excerpt from blog entry..

..."Acapkali aku dengar pasal perempuan yang menyerahkan mahkota diri sebagai bukti CINTA kepada lelaki. Wahai kaum Hawa, jagalah diri anda (nasihat ini untuk adik aku juga). Memang dalam diri manusia ada rasa ingin berCINTA tetapi kekadang kita tersilap memahami erti CINTA sebenar.

CINTA ditafsirkan melalui apa yang kita lihat dan diperlihatkan. Betul tak? Kita biasa disajikan dengan filem-filem cinta tak kira filem Malaysia, Indonesia, Filipina, Sepanyol, dan negara-negara Barat lain. Apakah bukti cinta yang dipertontonkan? Ya, cium-ciuman, dakapan manja, berdua-duaan, berpelukan dan sebagainya.

Maka, apabila terbit rasa 'semacam' pada seseorang, kita suka kat dia, dia suka kat kita, rasa rindulah, rasa sayang sangat dan sebagainya, lalu kita pun benarkanlah adegan-adegan dalam tv itu dilakukan sebagai tanda CINTA.

Stop! If you are in that position, please turn back. Sebabnya adegan-adegan itu untuk yang dah berkahwin je. Kalau belum, itu bukan tandanya CINTA, tapi itu tandanya NAFSU. Memang kalau kahwin pun NAFSU, tetapi tak terlarang.."

Mufti: Religious leaders can be challenged.

Read all about it here.. "Link here!"..."Same article in Malay"

Excerpt from article;

"It is the nature of the Quran to allow Muslims to question and challenge their religious leaders about the teachings and practices of Islam..."

"The Quran often says 'Bring forth your arguments if you are indeed truthful,' and 'summon your witnesses other than Allah if you are indeed truthful...said Asri.

He contrasted this with the strong, often angry, responses of Muslims towards any questioning of their religion.

"They are always reacting and asking, 'What actions are we taking? This is deviant! This has gone astray!' and so on... Whatever view does not concur with theirs, they go amok instead of presenting arguments, reasons and evidence and answering intellectually..."

"An idea, once introduced, may be only temporarily silenced by force, but it cannot be killed off except by an idea more powerful than the first..

That idea will live on in the minds and thoughts of people. If we want to do away with an idea or understanding, it is not by the use of force. It is by bringing in more powerful arguments..."


"(The conservatives) seek to stuff the mouths of the public and tell them, 'Don't speak of religion. Religion is our (exclusive) right', as what was done by the (Catholic) Church. 'Stop what you're doing and just listen', they would say.

This cannot be accepted by the younger generations because they know they cannot be stopped from thinking."

Saturday, November 25, 2006

Kepentingan Masjidil Aqsa & Palestine

Perjuangan mempertahankan Masjidil Aqsa dan membebaskan Palestine perjuangan umat Islam bukan rakyatnya sahaja.

Wednesday, November 22, 2006

Purpose of LIFE..

Excerpt of an article from Saifulislam.com, Tajuk,"Jiwa da'i, otak fiqh".. though the topic is on sikap dan cara dakwah but lets FOCUS more on the dialogue itself..

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. I don’t want to wear scarf.”

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."
"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, dan atas nostalgia peristiwa Hasan al-Banna itu, marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".

Listen and reflect..

Recitation of Surah Qamar by Shiekh Mishary Rashid al-Afasy. Reflect on the words and graphics while listening at the same time. Subhan'Allah(Maha Suci Allah)

Monday, November 20, 2006

Marah. Cinta. Keimanan.

Islam meraikan perasaan seseorang. Perkara yang bersifat perasaan, agama tak paksa.

Saturday, November 18, 2006

Berhati-hati dari mana diambil ajaran agama

Ceramah from one of my favourite pensyarah, Dr Mohd Asri, Mufti Perlis, Malaysia, mengenai surat yg dihantar kepada sesetengah madrasah di Singapura dari segolongan tarekat.

Dalam apa-apa pengajaran agama yang kita ambil, hendaklah berhati-hati dan jangan bertaklid buta atau terlalu taksub. Haruslah tahu dan yakin pengajaran itu berlandaskan syariat Islam, yakni al-Quran dan as-Sunnah. Kita boleh mengambil iktibar dari kata-kata Imam asy-Syafi'i sendiri..
(taklid buta?! - menerima pengajaran atau kata-kata dari seseorang dan mempercayainya bulat-bulat tanpa mengetahui asal-usul pengajaran itu jika ia benar atau berasaskan dalil-dalil yang shahih. Mengelakkan seseorang daripada berfikir)
(taksub?! - walaupun menyedari sesuatu fahaman yg berlainan dari apa yg telah dipelajari lebih tepat berdasarkan hadith shahih, tetapi masih hendak mengekalkan fahaman yg lama yg kurang tepat itu. Menyebabkan seseorang tidak bersikap berlapang dada(open-mind) dan menyebabkan perpecahan umat apabila terlalu fanatik mempertahankan fahaman dari golongan sendiri)

'Pada suatu hari Imam asy-Syafie berkata kepada muridnya yang bernama ar-Rabi',"Wahai Abu Ishak, janganlah engkau bertaqlid kepadaku dalam tiap-tiap perkara yang aku katakan, fikirlah benar-benar demi untuk kebaikan dirimu sendiri, kerana ia adalah dari urusan agama." - "Riwayat hidup Imam asy-Syafi'i" by Tarikuddin Bin Haji Hassan.

"Setiap apa yang aku ucapkan dan didapati apa yang sahih yang diriwayatkan oleh RasululLah menyanggahi pendapatku, maka ia (hadith Nabi s.a.w) itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku" - Al-Zahabi, Siyar 'Alam al-Nubala', 10/33 (Maksudnya: jangan mengikutinya dalam pendapat-pendapat beliau yang tidak bertepatan dengan sunnah RasululLah s.a.w.)






Also see:Adakah insan dapat mengetahui perkara ghaib?

Thursday, November 16, 2006

Hasad dengki.

Spotted somewhere.."Link here!"

Telah menjadi sunnatullah, setiap manusia dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kesemuanya ini telah menjadi qadha Allah dan ketentuanNya dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah nikmatNya terhadap hamba-hambaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.

Dalam memelihara keimanan dan tingkah laku kita sebagai seorang Muslim, sepatutnya kita berasa senang dengan kesenangan dan kelebihan yang diperolehi oleh saudara kita yang lain. Tetapi, apa yang sering kita lihat, sejak dari zaman Nabi Adam lagi hingga sekarang ini, sifat iri hati dan hasad dengki seolah-olah menjadi darah daging dalam jiwa manusia. Sifat yang keji ini, jika tidak dirawati, lama kelamaan akan membawa padah yang amat buruk pada diri manusia itu sendiri dan pada masyarakat sekelilingnya.

Allah SWT telah menjelaskan kenyataan ini melalui firmanNya di dalam surah Ali-Imran, ayat 120, Yang bermaksud: Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.

Di dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: Ertinya: Tiada hasad (yakni dibenarkan berhasad), melainkan dalam dua perkara sahaja, iaitu: Seseorang yang dikurniai Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu dalam perkara-perkara yang hak dan benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seseorang lagi dikurniai Allah dengan ilmu pula, lalu ia mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya juga kepada orang ramai.

Dalam hal yang seperti ini, kita tidak dilarang jika berhasad demi untuk mendapat kebaikan di sisi Allah, malah adakalanya dituntut oleh syara'. Firman Allah di dalam surah Al-Hadid, ayat 21: Yang bermaksud: Berlumba-lumbalah kamu sekelian untuk mendapatkan keampunan Tuhan Mu.

Hasad dan dengki adalah seperti obor api yang sedang membakar dan menghancurkan masyarakat sedikit demi sedikit. Hasad dan dengki lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah. Hasad dan dengki tidak kenal pertalian keluarga. Berapa banyak keluarga yang runtuh kerana sifat hasad dan dengki di antara ahli keluarga tersebut. Menyedihkan...

Seorang yang mendapat bahagian yang lebih dari harta pusaka, maka mereka yang mendapat kurang dari bahagian tersebut akan timbul perasaan hasad dan dengki dalam jiwa mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa manusia hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Hatta jantung yang berdegup dalam dada kita bukanlah milik kita. Bolehkah kita memastikan bahawa jantung tersebut akan sentiasa berdegup? Tidak! Kita tidak mampu.

Adakah jantung tersebut milik kita atau milik Allah? Jika jantung yang begitu rapat dengan diri kita tidak dapat kita miliki dan kuasai, apatah lagi segala benda yang wujud disekililing kita. Kesemuanya adalah milik Allah. Allah menentukan siapa yang berhak merasai nikmat benda-benda tersebut.

Jika betul kita ada perasaan hasad dan dengki tersebut, maka ketahuilah bahawa sebenarnya kita merasa hasad dan dengki terhadap yang empunya nikmat tersebut iaitu Allah s.w.t, Tuhan pencipta segala sesuatu. Adakah dosa dan kobodohan yang lebih besar dari mempunyai perasaan hasad dan dengki terhadap Allah, Tuhan Pencipta alam?

Oleh itu, ELAKKANLAH dari mempunyai perasaan hasad dan dengki demi kebaikan ummah.

Tambahan komen.. Ini dah menjadi lumrah semulajadi. Allah made us that way. Dan syaitan akan selalu berkerja keras untuk menghasut manusia, maka mencegahnya ialah jihad bagi kita.

Maybe one of the ways to help us is to cleanse our hearts by increasing our knowledge in this(e.g. apakah pintu kemasukan syaitan untuk menghasut kita), beramal dengan apa yang telah kita pelajari, berdoa dan berzikir(rememberance of Allah e.g. bertasbih(subhan'Allah - Maha Suci Allah),bertahmid(AlhamdulilLah - Segala pujian bagi Allah),bertahlil(La iLa ha illaLah - Tiada Tuhan selain Allah),bertakbir(Allahu Akhbar - Allah Maha Besar) - in anything we do at anytime, also read and understand al-Quran).

Insya-Allah if we do these, it will lead to us staying cool and maintain slalu..Bersabar dan bertindak secara tenang dan baik tanpa emosi.. Wallahua'lam.

Wednesday, November 15, 2006

Lessons from Bujang Lapok

I just caught "Bujang Lapok" recently(yes.. again for the umpteenth time!) and still had a good laugh watching it. There's something magical about the late P.Ramlee's movies as it caters for both young and old. Ask any malays around and they will have their own favourite P.Ramlee movie. For some of his movies, we can never go bored even though we've watched them countless number of times.

When I was little, I laughed at the antics of "Ramlee", "Ajis" and "Sudin". As I grew older, I understood the movie better and realised that the jokes are intelligent and also sarcastic(loyar buruk?) which only made the movie even funnier than before. I also realised that the movie also educates people about life.

For example in "Bujang Lapok", aside from the comedy, on a more serious note, there are a number of scenes that we can learn from. Right from the beginning, it tells about the problem of gambling(horseracing). How the manager was so into gambling that it affects him even during work. He was upbeat before but becomes depressed after learning about his loss. Then there's the part where it potrays the life of the poor, that some had to resort to selling themselves and cheating others, just to survive. Therefore, it's imperative that the government ensures that the poor in the country is not neglected but acknowledged and assisted to help get them out of thier plight.

Then there's the part about the division between the rich and the poor. How being rich can make someone proud and arrogant looking down on others of different standing..in this case, makcik(mak Zaiton) and thier riches in terms of gold/precious diamond rings. Then there's a part about how being an alchoholic can get someone in debt that they would resort to anything to pay off thier debt just to satisfy thier addiction! It also shows how alchoholism affects a person and the people around them.

There's also a part about the cons of "hantaran" in marraige which is not part of Islam as we all know but most still practice it..??!! "Ini sumer, MAK BAPAK kao punya pasal!!" Remember that part? Before that, Ajis was sharing his views on hantaran after he learnt that Sudin's mother had agreed on a high hantaran for Zaiton. He said the hantaran is a waste of money..he cannot fathom why there's a need for high hantaran as it only leads people to debt and becomes a burden to the person in debt and may be detrimental to the marraige also in the long run.

Zaman P.Ramlee sendiri dah dicoba diperbaiki!? Its 2006 now..we are supposedly modern people but sadly, we still practice this tradition which doesn't benefit us in any way but instead, sours and may even destroy people's lives and relationships.

Anyway..yeaa.. all this from one movie. Isn't that wonderful? However, while there are many good points about the movie, we should still remind ourselves that the movie is weak in Islamic values. So let's take pointers from what is good that matches Islamic values and leave what is bad.

Wednesday, November 08, 2006

Test Your Knowledge

What Do You Know About Women in Islam?"click here!" to test your knowledge!!

Monday, November 06, 2006

Did Prophet Muhammad Write the Qur'an?

"Click here" to read more! Article from Islamonline.net..comes in 2 parts. ---> "Part 2"

Excerpt from article;

By Fethullah Gulen
Turkish Muslim Intellectual


As this question has generated a great deal of literature, I shall confine my answer to the most pertinent points.

This allegation is made by Orientalists, just as it was by their predecessors: Christian and Jewish writers who deeply resented the spread of Islam. The first people to make it were the Prophet's own opponents, as we read in the Qur'an:

[When Our clear revelations are recited to them, the Unbelievers say, of the Truth when it comes to them: "This is evident sorcery!" Or do they say, "He has forged it"?] (Al-Ahqaf 46:7–8)

They were desperate to protect their interests against the rising tide of Islam and hoped, as do their modern counterparts, to spread doubt about the Qur'an's divine authorship so that Muslims would start doubting its authority as well..

Thursday, November 02, 2006

mendukacitakan..

i was bloghopping when i came across an article that was saddening..sangat mendukacitakan..It's from a short paragraph in it.. hope the author bro don't mind me quoting, anyway, its from sahalfikri.blogspot.com..

"...Semalam ayah Fandy kata dia tak nak belajar agama kerana baginya agama memundurkan umat Islam. Sebagai contoh, dia bina surau untuk pekerja-pekerja dia tapi masuk kerja lambat dengan alasan solat, zikir, wirid (ada yang tido gak). Begitu juga dengan anaknya yang tak menggunakan studio muzik yang disediakan kerana sibuk belajar agama. Tiada pembangunan, umat Islam menjadi lebih malas dan bodoh. Bagaimana nak atasi orang Barat? Cuba ustaz jawab.."

Smoga Allah SWT memberi "ayah Fandy" dan kita semua petunjuk ke jalan yang Dia redhai..Ameen. So what has happened here? Is Islam to be blamed?

Or is it due to the way majority of muslims practice and understand Islam now? That it was different from how muslims understand and practice Islam during our Prophet's s.a.w. to para sahabat to tabi-tabien times?

I won't give my opinion on this..siapalah saya nie. But there's this article that I read reflecting on this topic and it paved ways for my further understanding on it, Alhamdulillah. Here's the article..bacalah secara ilmiah dan berlapang dada tanpa emosi, insya-Allah we will get something from it.

Click here!!---->"Apabila Golongan Agama Menyebabkan Agama Menjadi Lemah"

Tuesday, October 31, 2006

For reflection..

Here's a video one of my favourite Qaris reciting surah al-Qiyamah(the Day of Resurrection) with translations in English. Listen and reflect on the translations at the same time..Subhanallah(Maha suci Allah)..Allah is Almighty.

Monday, October 30, 2006

Discuss..

Topic.. Relationships. What can we do to curb the increasing trend of muslim youths today indulging in BGR?

This is my own view on the topic, from what I've learnt..we are never free from errors.. so please do correct me if I'm wrong..

First, lets get to the root of the cause. Why do muslim youths nowadays indulge in BGR?

Every teenager will reach a stage in thier growing years where they will start to have feelings for the opposite sex. This is natural. For muslims, when they reach this stage(baligh) that is when they are bound to the Islamic Law(Syariat Islam) in thier lives. That is when it is wajib for them to uphold the pillars of Islam and also wajib to adhere to the Islamic law in all aspects of life.

Majority of muslim youths nowadays don't understand this. Around this period is also when youths start to be more rebellious. Youth, immaturity and raging hormones might also be the cause. So this is also a stage where parents have to help guide thier children of the different new feelings and experiences they are encountering and more importantly keep them rooted to Islamic principles.

But what is the common scenario today? Many muslims youths are not educated in Islamic principles. Parents also don't really do much to guide their children..some even encourage them!? Thus, Islam is not enforced in most muslim youths and they act according to how they feel.. the natural way. No rules, nothing to stop them. They are not afraid of Allah SWT, they don't even know what it is to be a muslim!?.. thus committing sins is nothing to them.

Not being guided by not understanding Islam in one thing.. worse, they get influenced by their common surroundings.. stories of love, sex and everthing that fulfill human's desires from whats on t.v., movies, music, show of public affection.. influences from non-Islamic sources. Thus, most now become muslims only by name. In nature, they behave just like any non-muslim or even worse. Thier belief(aqidah) in Allah SWT and Islam as a way of life is weak, almost non-existant.

So now we know the root of the cause. Therefore it is imperative that we start guiding youths from young. Instill in them the basic values of Islamic priciples. Focus on educating about the boundaries of relationship between a guy and a girl. They must understand what is right and what is wrong in Islam and why. And the parents also have to be aware of the importance of guiding and nurturing their kids.

What about youths that have passed that stage? Those who are already indulging in such acts?

The problem now is that it has become more serious as muslim youths are at another level.. pre-marital sex. Therefore, most muslim societies now are concentrating more on bringing it down to "no pre-marital sex". But we cannot stop there. We have to keep going to bring it down to no pre-marital relationship! Why? Because that is Islam.

Can we say this?!..Now it's 2006..times have changed.. pre-marital relationship is so common, that its better to leave it that way. We must follow according to changes in time and trend..

This is not right.. rules are rules, what is original from al-Quran and as-Sunnah, cannot be changed. Islam has clearly stated that there's no pre-marital relationships and how a muslim guy and girl should behave and interact.

The cause of "pre-marital sex" is "pre-marital relationship" so its the same thing if compared to smoking. "One of the causes of cancer is smoking". We must butt out the root of the cause, then the cancer will stop!!

Thus, now the challenge is to find out ways how to bring it to another level..say no pre-marital relationship! YES only to marraige relationships!

Also start finding ways/continue educating kids and instilling in them the basic aqidah of Islam. Maybe even set up courses to remind future/current parents about the importance of educating their kids of the basic principles of Islam so that they won't be buoyed by unIslamic influences in the future.

Well this is how I feel about this..Hmm, what do you think?.. Comments are welcomed and my purpose is that we can achieve something for the good of Islam. Let's focus on solving the problem and providing solutions.

Wallahua'laam.(Allah SWT knows best)

Sunday, October 29, 2006

Reply to "wanita" tag..

Assalaamu'alaiki Sis,

I don't really know what kind of situation you're in. Is it a relationship kinda problem? I assume it is. I'm gonna give my own opinion so I may be wrong. Pls, Do correct me if I am wrong. Let's examine the facts. Firstly, it seems that your emotions are running high.

What you're undergoing doesn't have any association with the previous article really.

You seem to be hurt by someone deeply and now probably on an emotional rollercoaster. Try to calm down, seek help and guidance from Allah SWT because when emotions are running high, we won't be able to think properly and syaitan will always try to take advantage of this. Only Allah SWT can help us and we can turn to Him anytime, anywhere.

The following is Rasullullah s.a.w. advice to Sayidina Ali r.a...
Oh Ali, stay away from this four bad traits;
- jealousy
- lying
- greed
- anger


If we think about this, whenever we're jealous,angry or feeling despair, we're overcome by emotions. If it's not controlled, it can lead to a bigger level and cause trouble to ourselves or others. For example when we're angry, we sometimes can't control our anger and overcame by emotion, we will say or do things we don't mean. We will only realise once we've calmed down and regret when it's too late.

Hmm onward to your question.. "Mengapa lelaki yang slalu menyakiti hati wanita? Sedangkan mereka tahu Allah SWT tidak menyukai perkara itu berlaku?"

Allah knows best(Wallahua'lam). In reality, not all lelaki slalu menyakiti hati wanita.. in this case only sorang lelaki jer..why blame all lelaki in general?

Regarding the second question..

In the first place, pre-marital relationship something that is not allowed in Islam, so we can't really associate this problem with Islam. If the person really knows and practices Islam well, he won't play such meaningless love games..he won't even indulge in pre-marital relationship!? We must get this fact right. BGR is unIslamic.

Why is pre-marital relationship not allowed? As muslims we must know and this can only be acheieved through reading or asking a person who's knowledgable in this, at the same time, keeping an open-mind and sincere in wanting to learn and know more.

Hmm maybe these articles can help.."Dear Sister".. "There Is Good in Every Event".."Getting serious about Boy-Girl Relationships in Islam"and .."Don't Let Yourself be Used!"

Don't just browse through.. read them at least 2-3 times reflecting on them, till you really understand what msg its trying to bring across. Hope they'll help somehow even a little, insya-Allah.

Sayangnya ALLAH pada wanita..

This little piece, spotted somewhere.. something to ponder.

Cik Wanita dan Encik Lelaki
Untuk renungan bersama........

Lelaki

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN ??!

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??!

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

Wanita

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan?

Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

" Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segala yang telah dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi
saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Friday, October 27, 2006

Apakah insan dapat mengetahui perkara ghaib?

Check out this article from al-qayyim.net..Click here!!

Penulis mengajak pembaca menghayati soalan ini dari pandangan al-Quran, as-Sunnah dan pandangan beberapa ulama.

Excerpt from article,

ALLAH s.w.t. berfirman di dalam al-Quran :

( قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ )

Maksudnya : “Katakanlah tidak ada yang mengetahui perkara yang ghaib samaada di langit dan di bumi melainkan ALLAH, dan mereka juga tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan." (Surah an-Naml – 65)

Al-'Allamah as-Syeikh Abdul Rahman bin Nasir as-Sa'di ketika menafsirkan ayat ini menyebut :

"ALLAH ta'ala mengkhabarkan bahawasanya DIA menyendiri dalam mengetahui perkara-perkara ghaib di langit mahupun di bumi, firman Allah s.w.t. :

(وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ)

Maksudnya : "Di sisi ALLAH segala anak kunci perkara yang ghaib, tiadalah yang mengetahuinya kecuali DIA sendiri. DIA mengetahui apa-apa yang di daratan dan di lautan. Tiadalah gugur sehelai daun kayupun, melainkan DIA mengetahuinya, dan tiada sebutir biji dalam kegelapan dan tiada pula benda yang basah dan yang kering, melainkan semua itu tercatit di dalam kitab yang terang." (Al-An’am – 59)

...Jika begini yang disebutkan di dalam al-Quran, maka telah jelas kepada kita bahawasanya perkara-perkara ghaib hanya diketahui oleh Allah s.w.t. sahaja. Ianya sekaligus menolak dakwaan sebahagian orang yang masih berani mendakwa adanya individu-individu tertentu dapat mengetahui perkara ghaib. Apakah mereka menyangka individu-individu tersebut dapat berkongsi maklumat perkara ghaib dengan ALLAH s.w.t. ? Sedangkan dengan jelas di dalam ayat al-Quran, ALLAH s.w.t. mengkhususkan pengetahuan ghaib itu di sisiNYA sahaja. ALLAH s.w.t. mengajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan firmanNYA :

قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ

Maksudnya : "Katakanlah (Muhammad), Aku tidak mengatakan kepada kamu semua bahawa di sisiku perbendaharaan ALLAH, dan bahawasanya Aku juga tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib." (Surah al-An’am – 50)

Monday, October 23, 2006

The Spirit of `Eid Al-Fitr*

By Dr. Muzammil H. Siddiqi**(excerpt of article from Islamonline.net..for more on article,Click here!!

[Praise be to Allah Who guided us to this (way). Never could we have found guidance, had it not been for the guidance of Allah.] (Al-A`raf 7:43)

[If you give thanks I shall give you more, and if you are ungrateful then My punishment is severe indeed.] (Ibrahim 14:7)

[Remember Me and I shall remember you, and give thanks to Me and be not ungrateful.] (Al-Baqarah 2:152)

O Allah, We thank You for all Your gifts and favors to us. You sent to us the best Book, chose for us the best human being as a Prophet, and gave us the best guidance that You chose for us.

O Allah, we thank You, You deserve all thanks. We thank You in private and in public.

O Allah, We thank You with love and with our free choice.

O Allah, we thank You that You blessed us with faith in You. You made it easy for us to fast in the month of Ramadan, to pray in its nights, and to recite Your Glorious Book.

Today is the day of `Eid, and `Eid is the day of thanks. It marks the end of the month of fasting. We feel happy and we give thanks to Allah that we obeyed His commands; we fasted during the month of Ramadan. Allah’s commands are good for us. They are for our benefit. Allah does not want to put any burden on anyone, but He gave us the rules of fasting for our own benefit. Fasting has many benefits for individuals and for communities. It has spiritual, moral, and physical benefits. It has benefits for the individuals and for the society.......

.... the article ends with

Let me close this khutbah with a hadith of the Prophet (peace and blessings be upon him). `Amr ibn Maymun Al-Awdi reported that the Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said, “Take advantage of five things before five others: your youth before your old age, your health before your illness, your riches before your poverty, your leisure before your work, and your life before your death” (At-Tirmidhi).

* Based on the `Eid Al-Fitr khutbah delivered by Dr. Muzammil H. Siddiqi at the `Eid Prayer gathering held by the Islamic Society of Orange County at the Anaheim Convention Center in Anaheim, California, on Tuesday, November 25, 2003. Here excerpted, with some modifications from:http://www.pakistanlink.com

** Dr. Muzammil H. Siddiqi is the President of the Fiqh Council of North America.

Saturday, October 21, 2006

Another one..

Another of my favourite reciters of al-Quran, Sheikh Mishary Rashid al-Afasy. Recitation of Surah Qasas (51-70). There's subtitles in English too for reflection of the verse. Njoy.

Tuesday, October 17, 2006

Dear sister..

This goes out to some muslimah out there in context of today's generation..yang makan cili tuh akan rasa pedasnya.

I'm someone who frequently make mistakes too so I may be wrong..pls correct me where I am.

Dear Sister in Islam..

Your sincerity to practice Islam as a way of life is admirable. Still, it's not enough. You practice Islam to how you understand it, the way you perceive it is. But thats not the way it should be.

Is there such thing as a strict and less strict Islam? There's only one type of Islam, one which is based on al-Quran and as-Sunnah.

Alhamdulillah, you uphold the pillars of Islam well. But you don't wear the hijab the way it should be worn. You say that type of coverage is too strict. Tudungs, t-shirt and tight jeans/pants don't really cover your aurat. Even baju kurungs which don't meet the requirements.

You get into relationships that only lead to hurt and despair. You tried again and again to find "true love". Your boyfriends don't really practice Islam well as you do. But you keep advising hoping he'll change. You try your best to practice restraint by not accepting any sexual advances from your boyfriend reminding him its not allowed in Islam. That's great, really. But still, pre-marital relationship itself is not allowed in Islam. When discussed, you say that's too strict. Would there be such sexual advances if you're not in a relationship? Which hadith or verse from al-Quran says that BGR is allowed before marraige?

Of course its not easy to change. Its something you've been used to all your life, growing up in a secular environment. When you look around, most of your friends are doing the same thing. You truly enjoy thier company and have known them for years. Why would you want to risk that happiness by being someone different exercising Islam "more strictly"?

Its not that you're not sincere in trying to practice Islam. You are. But do you know that you're going against His rules just to have that kind of temporary happiness?

Haven't we been assured of happiness greater than that?

-end-


Almighty Allah says: [Tell the believing men to lower their gaze and be modest. That is purer for them. Lo! Allah is aware of what they do. And tell the believing women to lower their gaze and be modest, and to display of their adornment only that which is apparent, and to draw their veils over their bosoms, and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands' fathers, or their sons or their husbands' sons, or their brothers or their brothers' sons or sisters' sons, or their women, or their slaves, or male attendants who lack vigour, or children who know naught of women's nakedness. And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment. And turn unto Allah together, O believers, in order that ye may succeed.] (An-Nur: 30-31)

The closest thing that I know of relations being encouraged is that only if you're ready and sure that it will lead to marraige within a short period of time. Still, this is not the best way.

We must remember that we are not alone. We are always accompanied by Shaitan who have promised to always lead humans to the wrong path. We always feel joy and excitement when doing things that are unIslamic. But most of the times, when we want to do something Islamic, an opposite feeling pops up. This is the time when Shaitan will always try to make it difficult for us. That is the work of Shaitan through our nafs.

Hwaa Irfan, cyber-counselor from Islamonline.net says,"You have been under the throes of the lower desire, An nafs al-ammarah (Yusuf 12: 53) bi`su, the evil commanding self. An nafs al-ammarah bi`su, is the desire for self gratification. Imam Baghawi tells us:

"The nafs al-ammarah bi`su’ has Shaytân as its ally. He promises it great rewards and gains, but casts falsehood into it. He invites it and entices the soul to do evil. He leads it on with hope after hope and presents falsehood to the soul in a form that it will accept and admire.


Professor Dr. Omar Hassan Kasule Sr tells us this:

"Shaytan exploits the sexual attraction between the genders to inflame passions that lead to sexual transgression. Each person always has shaytan with him or her . The sexual attractiveness of the woman is generally more than that of the man. Thus in sexual relations it is the male who usually seeks out the female. The extra beauty and attractiveness of the woman can be a temptation for both her and for men (12:23-24 & 12:30-34). A woman conscious of her beauty may exploit it by being flirtous and thus exposing herself to men. Men will be attracted by her beauty and may lose control and commit sexual transgression".(from Islamonline.net)

Only Allah SWT can help us. Allah tells us that prophet Nuh (peace be upon him) said:

"And I have said: Seek pardon of your Lord Lo! He was ever Forgiving. He will let loose the sky for you in plenteous rain, and will help you with wealth and sons, and will assign unto you Gardens and will assign unto you rivers." (Nuh 10-12)

The Prophet (peace and blessings of Allah be upon him) said: “Remember Allah during times of ease and He will remember you during times of hardship.” (Reported by Ahmad)

Focusing to think and reason about the problem on your own will only allow Syaitan to lead you astray again and again unless in addition to that, we also focus on seeking Allah's help and guidance through supplication (doa), staying away from indulging in acts thats not acceptable in Islam, self-improvement, remembrance of Allah (zikir) and by seeking knowledge.

There is al-Quran and books based on al-Quran and as-Sunnah for guidance. Reading and knowing more is a step. Applying the knowledge is another.

Its sad to see muslims who defend their own opinion.."Iman is not what is outside..Its whats inside", as some might say. If thats the case, then you can also put it this way e.g A muslim who works in a bar selling and handling liquor says".. don't look at whats outside..its whats on the inside." This is not in accordance of Islamic teachings.

When you indulge in pre-marital relations, sure you can be happy at times. But often, it leads to confusion and despair when things turn out bad.

Oh Allah, forgive our sins, purify our hearts..
guide us all to the right path. Ameen.

{"And whoever does evil or acts unjustly to his soul, then asks forgiveness of Allah, he shall find Allah forgiving, Merciful"} (An-Nisa 4:110)

Sunday, October 08, 2006

Long post...very long post..

APABILA GOLONGAN AGAMA MENYEBABKAN AGAMA MENJADI LEMAH

Oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Penulis adalah Penyelaras Sekreteriat Falsafah & Sains Islam, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (USM).Makalah di bawah asalnya diterbitkan untuk majalah 1 bil 37/Nov 05 terbitan Karangkraf Sdn Bhd.

(I'm posting this hopefully to increase awareness of its content. An Eye-opener and a meaningful article to be reflected upon.)

Pada bulan September lepas saya turut membentangkan kertas kerja dalam Seminar Hukum di UM. Ramai yang email dalam meminta bahan tersebut dari saya kerana mereka tidak dapat hadir. Secara umum fokus kertas kerja saya mengenai Islam Liberal. Saya cuba menjelaskan tentang kelemahan golongan agama di sudut pemikiran, ilmu dan sikap telah menjadi punca munculnya aliran-aliran yang menyanggahi agama yang tulen.

Dunia Islam yang sepatutnya menerajui tamadun pembangunan insan dan kebendaan telah mundur dan hilang peranan. Hasil dari hilangnya akidah yang menjadi asas tamadun umat, maka hilanglah tamadun. Bahkan sebahagian masyarakat Islam hidup dalam kesyirikan dan khurafat yang tebal. Lihat sahaja apa yang wujud di Indonesia, Mesir dan Morocco. Mereka bukan sahaja ketinggalan zaman, mereka juga ketinggalan Islam yang tulen.

Bahkan adat istiadat dan pegangan bangsa yang menyanggahi syarak menggantikan tempat agama. Wanita Islam di Pakistan umpamanya, begitu ditindas di sudut hak sebagai wanita, bahkan sebagai insan. Anak perempuan bagaikan hak dagangan bapanya yang mempunyai kuasa mutlak mengahwinkan dia kepada sesiapa yang dikehendakinya tanpa diizinkan sebarang bantahan dari empunya tubuh. Isteri pula bagaikan hamba abdi suaminya yang diberi kuasa oleh budaya setempat memukul dan menyiksa.

Wajah-wajah buruk bangsa yang menganut Islam ini telah benar-benar menconteng keindahan Islam di mata dunia. Setelah menggambarkan keagungan generasi Islam yang lampau, 'Ali Tantawi berkata: "Majoriti kaum muslimin hari ini, disebabkan kecuaian mereka dengan kewajipan-kewajipan agama ini, maka mereka berada di belakang umat-umat yang lain, mereka menjadi hujah untuk musuh-musuh Islam (menghina Islam-pen). Sehingga Jamal al-Din al-Afghani, atau Muhammad 'Abduh menyebut perkataan yang hebat: "Islam itu terlindung oleh penganutnya".['Ali Tantawi, Mauqifuna min al-Hadarat al-Gharbiyyat, m.s. 45, Jeddah: Dar al-Manarah(1986)]

Secara umumnya, kemunduran ini berpunca dari beberapa faktor. Jika difokuskan kepada pemikir hukum atau perkembangan pegangan syariat di dunia Islam, faktor-faktor berikut menjadi penyumbang utama:

i. Hilangnya Teras Akidah Dalam Penyampaian Syariat


Hilang kefahaman yang betul terhadap tuntutan syahadatain. Islam tidak difahami bermula dari persoalan akidah. Padahal itu adalah teras dan asas. Maka syirik serta khurafat berleluasa dalam Dunia Islam. Syirik, tahyul dan khurafat telah menghilangkan Islam tulen yang merupakan teras kepada ketamadunan. Bermula dari tangkal, mentera syirik, hingga kepada meyakini sistem yang lain setanding dengan Islam. Kata Muhammad Qutb: "Berpunca daripada kemunduran akidah, timbullah segala macam kemunduran yang menimpa dunia Islam.. kemunduran ilmu, ketamadunan, ekonomi, peperangan, pemikiran dan kebudayaan." ['Ali Tantawi, Mauqifuna min al-Hadarat al-Gharbiyyat, m.s. 45, Jeddah: Dar al-Manarah(1986)]

Ramai muslim yang akidah mereka menyimpang dari daerah kemurnian menuju kesesatan, bahkan mungkin ke arah kemurtadan. Di sesetengah negeri, pengajaran tentang perkara-perkara yang membatalkan wuduk, solat, puasa dan beberapa tajuk-tajuk fekah yang lain lebih diutamakan dibandingkan dengan pengajaran mengenai perkara-perkara yang membatalkan akidah. Hasilnya, ramai muslim yang mengetahui perkara-perkara yang membatalkan wuduk, solat, puasa dan seumpamanya, namun jahil tentang perkara-perkara yang membatalkan iman.

Jika pun dibincangkan persoalan akidah, mereka dipengaruhi pula oleh falsafah Greek lama yang kadang-kala perbincangannya tidak membawa sebarang kekuatan kepada akidah, bahkan kepada kepenatan akal dan kecelaruan sahaja. Ini seperti Allah ada lawannya tiada, dengar lawannya pekak, melihat lawannya buta, tidak berjisim, tidak berjirim dan seumpamanya. Kemudian diikuti dengan falsafah-falsafah yang memeningkan. Sehingga guru yang mengajar pun tidak faham. Untuk mengelakkan dia dipersoalkan, dia berkata: "Barang siapa banyak bertanya maka lemahlah imannya...". Maka akidah sebenar hilang dalam kepincangan perbahasan falsafah kalam warisan Greek dan Yunan.


Akidah yang diajar oleh Nabi s.a.w adalah akidah yang bersih dan mudah difahami. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid dan akidah adalah perkara yang paling mudah dan senang untuk dimengertikan oleh semua lapisan umat. Ini kerana persoalan akidah mesti difahami oleh mereka yang buta huruf, badawi di padang pasir sehinggalah kepada golongan yang terpelajar dan cerdik pandai.

Kalaulah perbahasan akidah begitu sukar dan susah seperti yang difahami oleh golongan ahli kalam dan falsafah, bagaimana mungkin golongan awam yang buta huruf atau tidak memiliki kecerdasan akal yang tinggi untuk memahaminya?!! Malangnya, kemasukan pengaruh Yunan ke dalam pemikiran sebahagian umat Islam telah menyebabkan mereka menjadikan ilmu kalam sebagai akidah dan meminggirkan persoalan-persoalan asasi dalam akidah Islamiyyah.

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah... Lebih daripada itu dan cara Yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. Justeru itu imam-imam salaf mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka". [Al-Qaradawi, Thaqafat al-Dai'iyat, m.s. 92 Beirut: Muassasah al-Risalat (1991)]

Kemuncak dan tujuan daripada perbahasan tauhid ilmu kalam ialah untuk membuktikan keesaan Allah dan tiada sekutu baginya. Mereka menyangka ini yang dimaksudkan dengan tuntutan Laa ilaah illa Allah. [Lihat: Dr Sulaiman al-Asyqar, Al-akidat fi Allah m.s. 32-33. Kuwait: Maktabat al-Falah (1984). Sedangkan akidah Laa ilaah illa Allah adalah seruan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Hukum-hakam syarak dibina atas tuntutan ini.]

Dengan hilangnya teras Laa ilaah illa Allah maka penyampaian hukum-hakam syarak menjadi hambar dan hilang kekuatan terasnya.

ii. Ancaman Bid'ah Dalam Amalan Syariah

Kemasukan fahaman-fahaman karut yang dianggap agama telah melemahkan dan merosakkan wajah Islam yang tulen. Amalan-amalan bid'ah telah mengilangkan fokus umat terhadap pembangunan minda dan kefahaman yang jitu. Kata Abu al-Hasan 'Ali al-Nadwi:"Halangan-halangan syirik, kejahilan dan kesesatan hampir menutupi tauhid Islam yang bersih. Maka masuk ke dalam sistem agama bid'ah-bid'ah yang mengambil tempat yang luas dalam kehidupan muslimin dibandingkan umat-umat yang di dunia ini hanyalah disebabkan agama ini, yang dibawa oleh Muhammad s.a.w

Keistimewaan dan mukjizat agama ini pula ialah kepada kesahihan dan keasliannya. Ia menjadi istimewa kerana ia wahyu Allah dan syariatNya. Yang mencipta peraturannya (agama ini) ialah Tuhan Tidak Dapat Dicabar dan yang membuat syariatnya ialah Tuhan Yang Maha Bijaksana "Diturunkan dari Yang Maha Bijaksana Lagi Terpuji" (Fussilat:42)

Apabila akal, perbuatan dan hawa nafsu manusia masuk ke dalam agama ini, maka tiada lagi kelebihannya atas agama-agama lain yang diselewengkan oleh pengikut agama-agama itu dan peraturan yang ditenun oleh tangan manusia, melainkan dengan kadar wahyu yang masih tinggal terpelihara padanya. Tidak lagi menjadi penjamin-penjamin kebahagiaan dunia dan akhirat dan tidak lagi benar-benar menundukkan akal dan menarik manusia kepadanya". [Abu al-Hasan al-Nadwi, Madha Khasira al-'Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 195, Kaherah: Maktabat al-Sunnat (1990)]

iii. Golongan Agama Yang Lemah 

Dalam sejarah Islam, golongan agama adalah tunggak kepada kebangkitan umat. Islam yang syumul telah membentuk pemikiran para ulama agar kritis, maju dan membangun. Golongan ulama yang berkualiti ini terus wujud di sepanjang zaman. Namun, jumlah dan penguasaan merka berbeza dari satu zaman ke satu zaman. Jumlah para ulama yang berkualiti seperti yang disebut dalam hadith ini adalah kurang:


"Akan selalu membawa ilmu ini mereka yang adil dari para penyambung (dari setiap generasi): mereka menafikan (menentang) penyelewengan golongan yang melampaui batas, dakwaan bohong golongan yang batil dan takwilan golongan yang jahil" [Hadith ini hasan. Para ulama berkhilaf pendapat mengenai kedudukan hadith ini. Sebahagian mereka mensahihkan, sebahagian mendhaifkannya. Ibn al-Qayyim dalam Miftah Dar al-Sa'adah menyatakan hadith ini thabit. Beliau menghimpunkan jalan-jalan periwayatan hadith. Beliau turut menyebut kata-kata al-Imam Ahmad:"Ia hadith sahih" (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, Miftah Dar al-Sa'adah, m.s. 227-229, Saudi: Dar Ibn Hazm). 'Ali Hasan al-Halabi menilai hadith ini sebagai hasan disebabkan jalan periwayatan yang banyak.(Sadiq Hasan Khan, Al-Hittah fi Dhikr al-Sihah al-Sittah, tahqiq: 'Ali Hasan al-Halabi, Beirut: Dar al-Khail). Demikian Salim bin 'Id al-Hilali menyatakan hadith ini hasan. Bahkan beliau menulis buku khas menerangkan kesabitan hadith tersebut (lihat: Salim bin 'Id al-Hilali, Limadha Akhtartu al-Manhaj al-Salafi, m.s. 63 Saudi: Dar Ibn al-Qayyim (2000)]

Walaupun wujud, tetapi tidak ramai. Mungkin juga banyak ulama seperti itu, dan pengikut mereka juga ramai, namun secara nisbah jumlah umat yang wujud, mereka masih dianggap kecil.

Kata Muhammad Qutb ketika membincangkan tentang kemunduran ilmu, tamadun, ekonomi pemikiran dan budaya di Dunia Islam:"Dari sudut yang lain, dijumudkan ilmu-ilmu syarak dalam bentuk yang dipelajari sebelum lima kurun lalu - sekurang-kurangnya. Ditambah dengan masuk ke dalamnya serangan pemikiran Greek dari ilmu kalam yang tidak berguna dan bermanfaat. Lebih dari itu, ilmu kalam telah menukarkan pengajian akidah kepada perkara-perkara yang menyusahkan minda lagi tidak berguna dan memayahkan.

Mengubah akidah dari inti kandungan yang hidup kepada isu-isu falsafah yang membawa kepada pertengkaran tanpa sebarang natijah dan tujuan. Lebih daripada itu, pelajar-pelajar agama telah bertukar menjadi para penghafal bukan pemikir. Seseorang pelajar kelihatan berilmu hanya dengan kadar apa yang dia hafal daripada teks, syarah dan nota kaki. Namun dia tidak dapat berfikir untuk dirinya dan tidak juga dapat berfikir secara sendiri.

Maka para ulama kehilangan keaslian ilmu, jadilah mereka itu golongan taklid yang hanya memetik dari orang lain. Bahkan ditambahkan lagi keburukan ketiga, iaitu taksub mazhab yang mengenai keseluruhan para pelajar. Setiap orang taksub dengan mazhab yang dia membesar di dalamnya. Dia menjadikan kemuncak jihadnya untuk agamanya, semata-mata untuk membuktikan mazhab dan syeikhnya melebihi mazhab dan syeikh orang lain..". [Muhammad Qutb, Waqi'una al-Mu'asir, m.s. 176]

Golongan agama dikuasai oleh golongan yang lemah kemampuannya. Singkat pula penguasaanya terhadap nas-nas agama dan pengetahuan semasa. Golongan yang mempelajari agama bukan lagi terpilih. Sehingga orang Melayu, umpamanya, menganggap mana-mana anak yang kurang kemampuan akedemik, dihantar ke pengajian agama atau pondok. Akhirnya lahirlah golongan ustaz dan tok guru yang lemah kekuatan minda dan analisanya.

Serentak dengan kekuatan kebendaan yang muncul di Barat, kekuatan institusi agama pula bertambah lemah. Pengajian agama dibentuk dengan begitu sempit dengan nilai-nilai taksub mazhab lalu mereka membela mazhab melebihi dari membela Islam. Di samping mereka pula terpencil dari dunia akibat diracun pemikiran kesufian yang melampau dan terbabas, memusuhi perkara-perkara baru yang mereka jahil mengenainya. Ini seiras dengan tindakan gereja yang membawa kebangkitan Revolusi Industri atau Revolusi Perancis.

iv. Cenderung Kepada Fiqh Yang Memayahkan (Ta'sir)


Golongan agama yang lemah inilah yang membesarkan fatwa 'pintu ijtihad telah tertutup' lalu mengharamkan segala pandangan baru, hanya kerana mereka jahil mengenainya. Bukan kerana ia bercanggah dengan agama. Golongan agama ini mengasingkan diri dari pentas pengetahuan moden. Mereka kelihatan kolot dan tidak mahu mengambil tahu dunia sekitar. Fatwa-fatwa agama lebih condong kepada pengharaman, sedangkan dalam agama asal sesuatu perkara bersifat mu'amalah adalah harus. Mereka pula menjadikan asal apa yang mereka tidak faham dan tidak tahu adalah haram. Hukum-hakam menjadi sempit. Perbincangan fekah yang diperdengarkan untuk generasi moden seakan untuk manusia pada 1000 atau 500 tahun yang lalu, agar senada dengan teks mazhab tanpa meraikan perkara-perkara yang berlaku dalam fekah. Mereka seakan manusia yang kehilangan kerja, lalu membahaskan masalah mudah menjadi payah. Soal wuduk sahaja disyarah hampir berbulan dengan andaian-andaian yang bukan-bukan. Sedangkan pendengar perlu berwuduk segera, lima kali sehari.

Contoh yang lain ialah soal niat yang begitu mudah. Setiap amalan itu dengan niat. Namun ia dibahaskan dengan begitu payah. Diletakkan syarat-syarat yang bukan memudahkan, sebaliknya memayahkan. Persoalan bagaimana hendak melafazkan niatkan sahaja telah mengambil masa umat begitu lama dan berkesudahan dengan bertambah sukar dan was-was dalam solatnya.

Kata Ibn Taimiyyah (meninggal 728H):"Bahkan melafazkan niat itu adalah cacat pada akal dan agama. Adapun pada agama kerana ia adalah bid'ah. Adapun pada akal, kerana ia seperti orang yang hendak makan sesuatu makanan lalu berkata:"Aku berniat meletakkan tanganku pada bekas ini kerana aku hendak mengambil satu suap darinya, lalu aku letakkannya dalam mulutku, lalu aku kunyah kemudian aku menelannya supaya aku kenyang". Sama seperti orang yang menyebut:"Aku niat bersolat fardu ini pada masuk waktunya, empat rakaat dalam jamaah, tunai kerana Allah". Ini semua adalah bodoh dan jahil. Ini kerana niat adalah kesampaian pengetahuan. Apabila seseorang hamba Allah tahu apa yang sedang dia buat, maka dengan sendirinya dia telah berniat perkara itu. Tidak terbayang dengan wujud pengetahuan dalam akalnya untuk dia melakukan tanpa niat. Tidak mungkin pula tanpa pengetahuan, terhasilnya niat. Telah sepakat para imam yang empat bahawa menguatkan suara dalam berniat dan mengulanginya tidak disyariatkan. Bahkan sesiapa yang terbiasa dengan itu hendaklah diberi hukuman (untuk mengajarnya) bagi menghalangnya melakukan ibadah secara bid'ah dan mengganggu orang ramai dengan mengangkat suara. [Ibn Taimiyyah, Al-Fatawa al-Kubra, 2/95. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyat (1987)]

Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: "Niat ini adalah amalan hati semata. Bukan amalan lidah. Tidak diketahui daripada Nabi s.a.w, tidak juga dari para sahabah dan para tabi'in yang mengikut mereka dengan baik - yang merupakan salaf umat ini - sebarang lafaz bagi niat ibadat seperti solat, puasa, mandi, berwuduk dan seumpamanya, apa yang kita lihat sebahagian manusia bersungguh-sungguh melakukannya, seperti mereka menyebut: Aku berniat mengangkat hadas kecil atau besar, atau solat zohor, atau asar empat rakaat kerana Allah Yang Maha Besar, atau aku berniat puasa esok hari pada bulan ramadhan dan sebagainya. Ini semua tidak dibawa (diajar) oleh sebarang ayat al-Quran atau Sunnah. Tidak ada faedah baginya, di mana seorang insan tidak akan berkata ketika hendak ke pasar: aku niat hendak ke pasar. Atau ketika dia hendak bermusafir: Aku niat bermusafir. Al-Zarkasyi dalam fatwa-fatwanya memetik perkataan al-Ghazali: "Urusan niat dalam ibadah itu, namun apa yang menyusahkan ialah disebabkan kejahilan dengan hakikat niat atau (disebabkan) was-was,". [http//:qaradawi.net]


Mereka lupa sifat agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w seperti yang dinyatakan oleh al-Quran:

Firman Allah:(maksudnya) {"Mereka yang mengikut Rasulullah(Muhammad s.a.w) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur(cahaya) yang diturunkan kepadanya(al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya."} (Surah al-'Araf: 157)

Firman Allah: (maksudnya) {"Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran,"} (Surah al-Baqarah: 185)

Firman Allah: (maksudnya) {"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah,"} (Surah al-Nisa:28)

v. Taklid Hukum Tanpa Kajian

Sikap taksub mazhab fekah begitu kuat, sehingga mereka enggan melihat pandangan-pandangan luar mazhab mereka yang mungkin lebih kukuh dan bermanfaat. Kelompok agama jenis ini hanya berusaha agar pengikutnya tidak keluar, sekalipun terpaksa menolak dalil yang sahih. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:"Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian.

Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan mereka menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syari'at dan perkataan mereka adalah hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyaggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri, kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabah dan mereka yang selepas sahabah sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan yang paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru itu, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya membantah sikap melampau dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi-paderi mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah." [Dr Yusuf al-Qaradawi, Al-Sahwat al-Islamiyyat bain al-Ikhtilaf al-Masyru' wa al-Tafarruq al-Madhmum, m.s. 202, Kaherah: Dar al-Sahwat (1991)]

iv. Fokus Hukum Yang Sempit

Selain dari kesempitan pemikiran, fiqh yang menyusahkan, taklid tanpa kajian ditambah pula dengan fokus fiqh yang amat terbatas. Pengajian hukum hanya tertumpu kepada persoalan perukunan. Hukum-hakam syarak hanya digambar berkisar mengenai taharah, haid dan nifas, solat, puasa, zakat dan haji. Akhirnya Umat Islam mulai jahil tentang kesyumulan sistem Islam yang menyeluruh.

Hasilnya, negara-negara Islam kelihatan begitu miskin dan lemah. Kotor, tidak berperaturan, rasuah, mundur dan diperbodohkan. Padahal umat Islam memiliki bumi yang subur dan kedudukan yang strategik. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:"Kekuatan ekonomi kita terbengkalai. Kita hidup di bumi Allah yang paling strategik, paling baik dan subur. Bumi yang paling banyak galian yang tersimpan dalam perutnya dan kekayaan yang bertebaran di atasnya. Malangnya, kita tidak menggerakkan kekayaan kita, tidak bertani di bumi kita, tidak menghasilkan keluaran dari galian sedangkan bahan mentahnya dikeluarkan dari bumi kita...jadilah kita dalam banyak keadaan pengguna bukan pengeluar, pengimpot bukan pengilang. Kadang kala kita menghasilkan produk yang kita tidak memerlukannya dan kita abai menghasilkan barangan yang sangat kita perlukan. Kita berbangga dengan memiliki kereta-kereta mewah antarabangsa, sedang kita tidak tahu untuk membuat basikal sekalipun." [Dr Yusuf al-Qaradawi, Ain al-Khalal, m.s. 12-13, Beirut: Muassasat al-Risalat (2001)]

Abu Hasan 'Ali al-Nadwi r.h. pernah mengkritik dunia Arab dalam tulisannya dengan menyatakan:"Mestilah bagi dunia Arab sebagai dunia Islam bebas (memiliki sendiri) dalam perniagaan, harta, industri dan pendidikan. Bangsa mereka tidak boleh memakai melainkan apa yang tumbuh di buminya dan ditenun dengan tangannya...sesungguhnya dunia Arab tidak dapat memerangi Barat - jika keadaan memerlukan demikian - selagi mereka memerlukan Barat dalam soal harta, pakaian dan barangan. Tidak ada pena yang digunakan untuk menandatangani sesuatu perjanjian dengan Barat, melainkan pena tersebut dibuat di Barat. Tidak ada senjata yang digunakan untuk memerangi Barat, melainkan senjata itu dibuat di Barat. Sesungguhnya adalah memalukan apabila umat Arab tidak dapat mengambil manfaat daripada sumber kekayaan dan kekuatan mereka sendiri. Adalah memalukan apabila air kehidupan yang mengalir di dalam urat mereka akhirnya sampai ke tubuh orang lain".[Abu al-Hasan al-Nadwi, Madha Khasira al-'Alam bi Inhitat al-Muslimin, m.s. 416]

Apa tidak, ruh kekuatan negara telah dihilangkan. Mereka tidak menjadikan Islam sebagai ruh dan urat saraf. Jadilah mereka bagaikan insan kegelapan kehilangan cahaya. Pun jika dia mempunyai akal, dia dapat berfikir, bergerak dan meraba bagi mendapatkan semula lampunya. Malangnya dia bodoh lalu dia merasakan aman tanpa cahaya kerana dia tidak lagi takut kepada bahaya dihadapannya disebabkan dia tidak nampak. Akhirnya dia jatuh ke dalam kemusnahan. Jika dia jatuh bersendirian, tidak mengapa, itu adalah hasil kebodohannya, namun yang menjadi masalah apabila rakyatnya turut menjadi mangsa. Hasil dari para pemerintah yang tidak bertanggungjawab dan kontang akal, negara-negara umat Islam berwajah dan dengan wajah kemunduran. Samada senjata, pengangkutan, bahkan makanan, kita terpaksa meminta sedekah, atau membeli dari orang lain. Pemerintah dan raja negara-negara umat Islam kelihatan mewah dengan hasil mahsul yang dijual atau disamun oleh Barat. Negara terus berada dalam kemunduran teknologi dan minda. Rakyat pula ramai yang miskin, buta huruf dan tidak terurus.

Lemahnya pemikiran golongan agama lemahlah agama...Faktor-faktor di atas antara pemangkin mengapa agama dipandang rendah. Faktor-faktor ini mesti dihapuskan. Ruh kekuatan agama mesti dikembalikan. Kita menyeru kepada keluasan pemikiran dan pendekatan yang memampukan kita menghadapi cabaran zaman. Kesumua ini dengan syarat tidak membelakangkan al-Quran dan al-Sunnah.