Friday, October 27, 2006

Apakah insan dapat mengetahui perkara ghaib?

Check out this article from al-qayyim.net..Click here!!

Penulis mengajak pembaca menghayati soalan ini dari pandangan al-Quran, as-Sunnah dan pandangan beberapa ulama.

Excerpt from article,

ALLAH s.w.t. berfirman di dalam al-Quran :

( قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ )

Maksudnya : “Katakanlah tidak ada yang mengetahui perkara yang ghaib samaada di langit dan di bumi melainkan ALLAH, dan mereka juga tidak mengetahui bilakah mereka akan dibangkitkan." (Surah an-Naml – 65)

Al-'Allamah as-Syeikh Abdul Rahman bin Nasir as-Sa'di ketika menafsirkan ayat ini menyebut :

"ALLAH ta'ala mengkhabarkan bahawasanya DIA menyendiri dalam mengetahui perkara-perkara ghaib di langit mahupun di bumi, firman Allah s.w.t. :

(وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ إِلَّا يَعْلَمُهَا وَلَا حَبَّةٍ فِي ظُلُمَاتِ الْأَرْضِ وَلَا رَطْبٍ وَلَا يَابِسٍ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ)

Maksudnya : "Di sisi ALLAH segala anak kunci perkara yang ghaib, tiadalah yang mengetahuinya kecuali DIA sendiri. DIA mengetahui apa-apa yang di daratan dan di lautan. Tiadalah gugur sehelai daun kayupun, melainkan DIA mengetahuinya, dan tiada sebutir biji dalam kegelapan dan tiada pula benda yang basah dan yang kering, melainkan semua itu tercatit di dalam kitab yang terang." (Al-An’am – 59)

...Jika begini yang disebutkan di dalam al-Quran, maka telah jelas kepada kita bahawasanya perkara-perkara ghaib hanya diketahui oleh Allah s.w.t. sahaja. Ianya sekaligus menolak dakwaan sebahagian orang yang masih berani mendakwa adanya individu-individu tertentu dapat mengetahui perkara ghaib. Apakah mereka menyangka individu-individu tersebut dapat berkongsi maklumat perkara ghaib dengan ALLAH s.w.t. ? Sedangkan dengan jelas di dalam ayat al-Quran, ALLAH s.w.t. mengkhususkan pengetahuan ghaib itu di sisiNYA sahaja. ALLAH s.w.t. mengajarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dengan firmanNYA :

قُلْ لَا أَقُولُ لَكُمْ عِنْدِي خَزَائِنُ اللَّهِ وَلَا أَعْلَمُ الْغَيْبَ

Maksudnya : "Katakanlah (Muhammad), Aku tidak mengatakan kepada kamu semua bahawa di sisiku perbendaharaan ALLAH, dan bahawasanya Aku juga tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib." (Surah al-An’am – 50)

No comments: