Monday, July 30, 2007

Reposted: Who Hijacked Islam?

From my own experiences when interacting/joking around with friends or acquaintances, it dawned upon me that many have been taken by some media's and terrorists' portrayal of Islam. Quite a large number already made up their minds about what Islam is all about, just by reading articles, browsing the Internet or watching the news, without really delving into any books on Islam. The peaceful, beautiful religion that Islam teaches have been tarnished.

Nowadays, no thanks to these kind of propaganda, sometimes when people think about Islam, the first thought that comes to mind is either/or all of these; tough-looking bearded man carrying guns, bombs, hijackers, suicide bombers. In short, Islam and Muslims have been stereotyped. People think that Terrorism = Islam or comes from Islam. The true FACT is that, there is NO TERRORISM in Islam's dictionary.

Something to ponder.. there are more innocent lives lost for nothing, being used for meaningless wars, killed and tortured by some world leaders.. which are similar to the terrorists.. but have been going on for years and years. They even destroy people's homes and pollute the environment!? Why aren't these people on the spotlight all the time? Who controls the media? Go figure..

Another thing to add.. dear Muslim brothers and sisters.. please do not..NEVER ever sympathize with these terrorists. Yes they do portray Islam as their cause for whatever they're trying to achieve. But the fact is that they are just wolf in sheep's clothing.

Suicide bombing? Killing of innocent lives? Inciting hatred and enmity? Propagating that all non-Muslims are our enemies? Taking paragraph's from the hadith and Quran out of context and twisting their true meanings? What is this?! This is not Islam..

I don't recognise the agenda they are propagating, CLAIMING that its for Islam.. its just for their own selfish needs..

Go find out in books, for example books on our Prophet s.a.w [I recommend "The Sealed Nectar" (Ar-Raheequl-Makhtum) a biography on our Noble Prophet s.a.w by Safiur Rahman Al-Mubarakpuri]

go find out, you'll be amazed at the stark contrast between the "terrorist's version of Islam", "some media's version of Islam" and "the true Islam itself"...if a good-natured typical ah beng sincerely does this, upon discovering the facts, he will probably say,"WHaa!! she-mo?!!..ayy?!! how come ah!!? Islam not like that leyy..haiyaa..bassketball ah this telolistss.." (okay, maybe i'm exaggerating here..ah beng not like that hor, chill uh (",))

Anyway if you're free, do watch this video by bro Ali, an American revert(convert) entitled,"Who hijacked ISLAM?"

Saturday, July 28, 2007

Komik

Something that I wrote in jenggo.blogspot.com trying to narrate his comic.. with some improvisation..opened to all to mengulas komiknya..bro pinjam gambar eh, lagi visual..takut copyright infringement lak.. lukisan dan seni oleh Bro Hafiz Jenggo (",)


Bro Penasihat: Haah! ko suka bdak Siti tuh? Kiuute?! Hmm, mmg cute pon..

Nak buat ape lepas nie?!..alaa, kesiann..

Oklah, abg nie kekadang macm korang jugak jangan kata siti je..siti nurhaliza pon abg suka, hmph nasib baik aku takde misai.. tapi dalam hal nie kita sebagai org muslim terbatas pada syariat/hukum-hukum Islam..

Suka tu okayy..mmg biasa lah benda tuu.. Islam nie tak lah melarang seseorang tu suka..nak buat mcm mana kan, tanda seorang manusia, sifat semulajadi.. baguslah korang takde tabiat menyeleweng suka sesama jenis plak.. tandanya.. masaalah tuu..

Tapi Islam melarang apabila kita bertindak atas sifat suka tuh..Kluar tengok movie, dating, calling-calling 24 jam..haah yg tuh agama larang..


Buat masa nih korang fokuslah pada pelajaran..kejar cita-cita..Jadi seorang muslim yg berjaya dlm apa2 bidang pon.. Kita perlukan kekuatan dlm berbagai bidang bukan dalam bidang agama saja..doktor, engineer, businessman, sportsman..apa2 lah.. masing2 ada kelebihan tersendiri.. doktor ayam pon jadilah.. jarang sekali pon kita dengar ada doktor ayam muslim..

Tak rugi pon kalo adik tak dapat pikat budak siti tuh buat masa nie..bermain cinta atas nafsu.. itu budaya barat..bila bercinta dan putus cinta, habislah fokus melari entah ke mana.. jiwa lemauu je..makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.. lebih2 lagi adik2 akan melanggar perintah Allah SWT..sentiasa menanggung dosa..

Ingat2lah agar selalu jaga diri, orang lain dan IMEJ Islam itu..

Friday, July 27, 2007

e-Book recommendation

Excerpt from this book, "Siapakah Ahli Sunnah yang sebenar" by Dr Azwira Abdul Aziz link here --> Click!

Kata Pengantar

Oleh:

Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim

(Panel Akidah JAKIM)

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن والاه، وبعد:

Mentohmah orang lain di depan khalayak ramai dengan tidak memberi peluang kepada yang ditohmah untuk menjawabnya adalah termasuk dalam suatu bentuk kezaliman. Perkara ini lebih memalukan lagi jika ia dilakukan oleh seorang yang bergelar ustaz.

Bila ada orang menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim sebagai mujassimah dan musyabbihah (Allah itu berbadan dan menyerupai makhluk), terus terlintas di hati saya pertanyaan: “Adakah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim itu tidak beriman dengan ayat:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ البَصِيرُ

Maksudnya: “Tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat, Sifat, dan Pentadbiran) Nya, dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat”[Asy-Syura, 42:11].

Jika Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim beriman dengan ayat ini, maka berdosa besarlah orang yang menuduh mereka berdua sebagai mujassimah dan musyabbihah, kerana kepercayaan seperti itu adalah kepercayaan orang bukan Islam. Sedangkan Ibn Taimiyyah sendiri telah menulis sebuah kitab khusus berjudul Iqtida’ As-Sirat Al-Mustaqim Fi Mukhalafat Ashab Al-Jahim untuk menjelaskan kewajipan berbeza dengan golongan bukan Islam dalam semua perkara usul dan furu’.

Wahhabiyyah memang sudah lama menjadi momokan di kalangan segelintir orang di negara ini. Sekadar memuntahkan kata-kata dalam majlis ceramah untuk memomok dan menuduh orang lain sebagai sesat tidaklah memada, silalah tulis buku atau debat terbuka tanpa menghadkan masa. Iaitu debat cara Islam yang dikenali dengan adab al-bahth wa al-munazarah.

Pada hemat saya, perkembangan ilmu Akidah Islam terbahagi kepada tiga peringkat:

Pertama: Zaman murni, iaitu zaman Sahabat RA, Tabi’in dan Tabi’ At-Tabi’in. Mereka berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah serta Ijma’. Mereka dikenali dengan nama Salaf (Salaf Zamani).

Kedua: Zaman selepas Tabi’ At-Tabi’in yang menyaksikan pertambahan krisis politik dalaman dan terjemahan karya-karya asing ke dalam bahasa Arab, termasuklah karya-karya yang berkaitan dengan penghayatan agama dan yang mendewakan akal sebagai lebih tinggi mutunya daripada wahyu. Berdasarkan tiga faktor asas yang berlaku di zaman kedua ini, maka lahirlah pelbagai aliran, mazhab dan puak (firaq) yang terus-menerus berpecah sehingga kini. Pengaruh daripada zaman kedua ini menyebabkan Islam mengalami ‘celupan asing’ yang amat tenat kerana menelan jangka zaman yang begitu lama. Ada golongan yang sabar dan berlapang dada cuba mencari jalan penyelesaiannya dan mereka dikenali sebagai mujaddid.

Ketiga: Zaman timbulnya semangat untuk mengembalikan kemurnian penghayatan Islam seperti di zaman pertama. Semangat ini muncul di kalangan mereka yang melihat tidak ada jalan penyelesaian selain kembali semula kepada pegangan di zaman pertama. Mereka yang mencetuskan semangat ini dikenali sebagai Salafiyyah (Salaf Manhaji), maka lahirlah pelbagai tulisan yang menyeru umat Islam agar kembali kepada manhaj salaf, antaranya sebuah buku yang berjudul Wujub Ad-Da’wah Ila Al-Kitab Wa As-Sunnah Bi Fahmi Salaf Al-Ummah Wa Minhaj Jama’ah At-Tabligh Fi Zalik.

Buku tulisan saudara Dr. Azwira Abdul Aziz yang berjudul Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar?: Penjelasan Terhadap Tohmahan Zamihan Mat Zin Al-Ghari Ke Atas Pegangan Ahli Sunnah Dan Para Tokohnya, adalah mencerminkan gejala zaman ketiga ini. Buku ini bertujuan untuk menjelaskan sebahagian daripada tohmahan yang dilontarkan ke atas Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, Muhammad Ibn Abdul Wahhab dan para pendukung sunnah yang lain. Kepada yang sedar diharap berlapang dada, banyak bersabar dan bertoleransi.



Yang benar

Prof. Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim

Jabatan Usuludin & Falsafah

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ramai bertujuan baik tapi tak betul caranya

Excerpt from this book, "Siapakah Ahli Sunnah yang sebenar" by Dr Azwira Abdul Aziz link here --> Click!

Dalam sebuah athar sahih [athar-Riwayat berkenaan amalan para Sahabat radhiallahu ‘anhum] riwayat Ad-Darimi, Abu Musa Al-Asy’ari radhiallahu ‘anh memberitahu Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh bahawa beliau melihat di masjid sekumpulan lelaki sedang duduk dalam halaqah (bulatan) zikir untuk bertakbir, bertahlil dan bertasbih dengan menggunakan biji-biji batu mengikut cara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan juga para Sahabat radhiallahu ‘anhum. Mendengar yang demikian, Ibn Mas’ud menuju ke tempat halaqah zikir itu lantas menegur mereka dengan katanya:

عَدُّوا سيِّئاتِكم فأنا ضامن أن لا يضيعَ من حسناتِكم شيء، ويْحَكم يا أمّة محمد! ما أسرع هلكتَكم، هؤلاء صحابة نبيكم صلى الله عليه وسلم متوافرون، وهذه ثيابه لم تبْلُ وآنيته لم تُكْسر، والذي نفسي بيده إنكم لعلى ملةٍ أهدى من ملة محمد أو مفتّحو باب ضلالة؟

Maksudnya: “Hitunglah amalan buruk kamu itu kerana aku jamin bahawa amalan baik kamu tidak akan hilang sedikitpun. Celakalah kamu wahai umat (Nabi) Muhammad! Alangkah cepatnya kebinasaan kamu, para Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam masih ramai, baju Baginda inipun masih belum hancur dan bekas makanannya pun belum pecah. Demi yang nyawaku di Tangan-Nya! Adakah sesungguhnya kamu berada di atas agama yang lebih baik dari agama Muhammad atau kamu sebenarnya pembuka pintu kesesatan?”

Mendengar kata-kata Ibn Mas’ud ini, mereka menjawab:

والله يا أبا عبد الرحمن! ما أردْنا إلا الخير.

Maksudnya: “Demi Allah wahai Abu ‘Abd Ar-Rahman! [Abu ‘Abd Ar-Rahman ialah kuniyah bagi Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh] Tujuan kami hanya untuk kebaikan”.

Mendengar jawapan mereka itu, Ibn Mas’ud ‘berkata:

وكم من مريدٍ للخير لن يصيبه إن رسول الله صلى الله عليه وسلم حدثنا ((أن قوما يقرأون القرآن لا يجاوز تراقيهم)) وأَيْم الله ما أدري لعل أكثرهم منكم.

Maksudnya: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya). Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam memberitahu kami: “Bahawa ada satu kaum yang membaca al-Quran tidak melebihi kerongkong mereka” [Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari, Dar Ibn Kathir, Al-Yamamah, Beirut, 1987, No: 3166, 3415, 4094, 4770, 4771, 6531, 6532, 6995 dan 7123. Muslim Ibn Al-Hajjaj, Sahih Muslim, Dar Ihya’ At-Turath Al-’Arabiyy, Beirut, 1991, No: 1063, 1064 dan 1066]. Demi Allah! Aku tak tahu boleh jadi kebanyakan mereka itu adalah dari kalangan kamu”.

Kemudian ‘Amr Ibn Salamah [Seorang tabi’en thiqah dan juga murid kepada Ibn Mas’ud yang meriwayatkan athar tersebut] berkata (maksudnya): “Kami melihat semua lelaki yang berada dalam halaqah itu menyertai puak Khawarij lalu menyerang kami pada hari peperangan An-Nahrawan” [Ad-Darimi, ‘Abd Allah Ibn ‘Abd Ar-Rahman, Sunan Ad-Darimi, Dar Al-Kitab Al-’Arabi, Beirut, Lubnan, 1407, 1: 79, No: 204. Sanad hadith ini telah dinilai sahih oleh Al-Albani dalam kitabnya Islah As-Sajid (Hal: 11). Lihat: Ad-Durar As-Saniyyah, atas talian: http://www.dorar.net./mhadith.asp].

Peristiwa yang berlaku pada zaman Sahabat radhiallahu ‘anhum ini mengandungi banyak pengajaran yang harus dihayati oleh umat Islam. Antara pengajaran itu ialah:

Pertama: Bahawa amalan berzikir dalam halaqah beramai-ramai dengan menggunakan biji-biji batu adalah suatu bid’ah yang menyalahi Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dan para Sahabat radhiallahu ‘anhum.

Kedua: Kata-kata Ibn Mas’ud radhiallahu ‘anh: “Berapa ramai orang yang bertujuan baik tetapi tidak betul (caranya)”, sebagai jawapan terhadap alasan yang mereka berikan, mengukuhkan lagi dasar penolakan Islam terhadap falsafah ‘tujuan menghalalkan cara’.

Ketiga: Kata-kata ‘Amr Ibn Salamah bahawa beliau melihat semua lelaki yang mengadakan halaqah zikir itu menyertai puak Khawarij untuk memerangi para Sahabat radhiallahu ‘anhum, menunjukkan bahawa sikap mengambil mudah terhadap perkara bid’ah akhirnya mengheret pengamalnya ke arah bid’ah yang lebih bahaya dan lebih besar.

Keempat: Orang yang menegur dan menjelaskan perkara bid’ah tidak sekali-kali akan terpengaruh dengan pemikiran puak Khawarij, sebaliknya orang yang mengamalkan bid’ah itulah sebenarnya yang akan terheret ke dalam pemikiran puak berkenaan.

Kelima: Kepentingan menjaga perpaduan dan keharmonian masyarakat tidak harus dijadikan alasan untuk menangguhkan penjelasan terhadap sesuatu amalan bid’ah, asalkan penjelasan itu disampaikan melalui cara dan saluran yang betul.

Keenam: Kekerdilan sesuatu perkara agama pada pandangan sesetengah pihak tidak harus dijadikan alasan untuk memandang remeh perkara tersebut.

Thursday, July 26, 2007

Hidup memberi... Derma Organ!

Artikel yang menarik dari saifulislam.com bertajuk di atas...Click Here!

excerpt from article;

MENGAPA SAYA MENDERMA ATAU TIDAK MENDERMA?

Saya cuba mencungkil hal ini dan memulakannya dengan bertanyakan soalan itu kepada diri saya sendiri. Mengapa saya tidak menderma?

Adakah kerana agama?

Saya telah meluangkan masa kira-kira seminggu meneliti perbincangan Ulama pelbagai negara, mazhab, pendekatan dan pendirian. Majoritinya sampai kepada titik noktah yang sama iaitu mengharuskan pendermaan serta pemindahan organ. Apakah hujah-hujahnya meyakinkan? Ya, sungguh jelas dan meyakinkan. Malah fatwa-fatwa itu sudah matang kerana berbelas malah berpuluh kali Ulama bersidang mengenainya dan mereka terus konsisten pada menetapkan keharusannya.

Maka penjelasan dari segi agama, selesai. Islam bukan hanya mengharuskannya malah menganggap ia sebagai suatu kebajikan yang amat besar maknanya. Lantas agama tidak sepatutnya menjadi alasan kepada orang Islam untuk tidak menderma organ.

Apabila saya menyemak statistik yang dikeluarkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia, nyata sekali, agama bukanlah faktor utama yang menghalang kita menderma.

Halangan utamanya ialah TAKUT. 56.3% mengakuinya.

Takut ini puncanya pelbagai... (to read more click on link above)

Wednesday, July 25, 2007

Hak Wanita: Antara Hukum Tuhan dan Pelaksanaan Insan

article from drmaza.blogspot.com...Click Here!

excerpt from article;

Islam telah mencatatkan di dada sejarah bahawa dirinya adalah pembela agung wanita yang tiada tolok bandingnya. Sebelum kedatangan Islam, hak-hak wanita tidak dibincangkan atas nama sistem agama atau tanggungjawab keagamaan dalam wajah yang lengkap. Jikapun ada pembelaan hak mereka adalah atas ihsan dan simpati lelaki semata. Bahkan dalam sesetengah masyarakat, wanita dianggap sial dan tidak mempunyai nilai. Dalam masyarakat Babylon, jika suami membunuh seseorang, maka isterinya dihukum mati menggantikan tempatnya.

Masyarakat Greek menganggap wanita lebih rendah nilainya dari lelaki. Pelacuran pula adalah amalan biasa di setiap peringkat dalam masyarakat Greek dan Rom. Masyarakat Mesir kuno menganggap wanita adalah lambang syaitan. Sementara masyarakat Arab pula mewarisi tradisi membunuh anak perempuan hidup-hidup. Masyarakat Hindu lebih dahsyat membakar seorang isteri bersama dengan mayat suaminya.

Ini menyebabkan bekas ketua Hakim Mahkamah Delhi, Mr. Rajindar Sachar pernah menyebut: “Dari segi sejarahnya, Islam telah lama begitu terbuka dan progresif dalam memberikan hak pemilikan harta untuk kaum wanita. Suatu hakikat yang pasti bahawa tiada hak pemilikan harta yang diberikan kepada wanita Hindu sehinggalah tahun 1956. Ini apabila Hindu Code Bill dihapuskan. Sedangkan Islam telah pun memberikan hak-hak ini kepada wanita Muslim sejak seribu empat ratus tahun yang lampau. (Wahidudin Khan, Women Between Islam and Western Society, hlm. 46.)

Namun kedatangan Nabi s.a.w. adalah rahmat bagi wanita. Baginda telah membela dan mempertahankan hak mereka... (to read more click on link above)

Sikap melampau dlm bermazhab



Salaam.. Its quite often when topics such as this is put on the table, muslims tend to turn away and say,"Naah..won't get involved in this".. "Small stuff..pecahkan umat je"

Is it true?

Hm, well this is my opinion, and I may be wrong so pls correct me if I am.. I feel that when we make ourselves exclusive to one mazhab, that is the cause for disunity in the ummah in addition to closure of knowledge. "Oh kita nie mazhab syafi'i.. tak boleh blajar lain2 mazhab.. mazhab lain2 tuh betol juga..tapi kalo syafi'i ikut syafi'i je sudah laa.."

Kenapa tak boleh blajar dari mazhab lain walaupon kita/ustaz kata dorang betul? Pasal ustaz cakap tak boleh? Have we ever thought about that? Why must we put total trust in anyone who's called an ustaz without knowing his/her study background or assuming that an ustaz is never wrong? When we only think inwards in our own circle, doesn't that stop the mind from progressing?

There's nothing in al-Quran or hadith that said those in the asian countries are automatically mazhab syafi'i.. we are mazhab syafi'i because we follow what our parents follow and the majority of muslims in Singapore are of mazhab syafi'i.

But in the end, when we leave this world.. we are the ones accountable for our own actions.. we won't be asked, which mazhab are you from? and we won't be judged according to what mazhab we're in.

Even our great Imam Syafi'e says..Lets ponder upon the words of Imam as-Syafi'e(translated):

'Pada suatu hari Imam asy-Syafie berkata kepada muridnya yang bernama ar-Rabi',"Wahai Abu Ishak, janganlah engkau bertaqlid kepadaku dalam tiap-tiap perkara yang aku katakan, fikirlah benar-benar demi untuk kebaikan dirimu sendiri, kerana ia adalah dari urusan agama." taken from- "Riwayat hidup 4 Imam Mazhab"(207) by Tarikuddin Bin Haji Hassan.

(my own translation in English, pls correct me if I err) "Imam asy-Syafie said to one of his students named ar-Rabi',"Abu Ishak, don't you put all your trust in me and believe in everything that I say, think wisely and truthfully for your own good, because this is regarding the matters of religion."

"Setiap apa yang aku ucapkan dan didapati apa yang sahih yang diriwayatkan oleh RasululLah menyanggahi pendapatku, maka ia (hadith Nabi s.a.w) itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku" - Al-Zahabi, Siyar 'Alam al-Nubala', 10/33 (Maksudnya: jangan mengikutinya dalam pendapat-pendapat beliau yang tidak bertepatan dengan sunnah RasululLah s.a.w.)

"Every word that I say and if it is found from what is sahih(agreed upon most or all scholars) that is said to have come from RasullulLah which is against my opinion, then that(Prophet's s.a.w Hadeeth) is to be placed first and foremost, don't you follow mine" [i.e. dont follow him in his opinions which is not in accordance to RasululLah s.a.w. sunnah]

So, what is the best way to be sure? In addition to attending ceramahs, find out for yourselves through books and other ustaz.. keep an open mind with a good purpose(niat) of uniting the ummah, strengthening the ummah and to expand our knowledge for ourselves and Allah SWT.

Allah SWT knows best.

also see; Dari manakah asal usul gelaran Wahabbi?

Tuesday, July 24, 2007

Listen and reflect..

Reposted.. Here's a video one of my favourite Qaris reciting surah al-Qiyamah(the Day of Resurrection) with translations in English. Listen and reflect on the translations at the same time..

Monday, July 23, 2007

Never succumb to people's whims

Article from islamonline.net by Harun Yahya, a turkish muslim thinker.. to read the whole article Click Here!

Excerpt from article;

One of the most important characteristics frequently mentioned with regard to Prophet Muhammad (peace and blessings be upon him) in the Qur'an, is that he only practiced what Almighty Allah revealed and asked of him, with no concern about what others might think. Important figures and members of other religions at the time wanted him to impose rules that would benefit them. Although these people were of greater power and numbers, the Prophet was very careful about abiding by Allah's commandments and the Qur'an. Allah says,

[When Our clear verses are recited to them, those who do not expect to meet Us say, "Bring a Qur'an other than this one or change it." Say: "It is not for me [Muhammad] to change it of my own accord. I follow nothing except what is revealed to me. I fear, were I to disobey my Lord, the torment of a Dreadful Day." Say: "Had Allah so wished, I would not have recited it to you nor would He have made it known to you. I lived among you for many years before it came. Will you not use your intellect?"](Yunus 10:15-16)

Friday, July 20, 2007

Boleh Berpolitik, Tapi Jangan Gila Politik

Article from utusanmalaysia online.. to read the whole article Click Here!

Excerpt from article;

"Justeru itu, seperti kita berkempen bahaya dadah, bahaya rasuah, bahaya pandu laju, kita juga kena berkempen tentang bahaya gila politik. Ia telah mengorbankan ramai manusia sehingga sanggup menjadi hamba orang lain, melanggar batasan syarak, memutuskan silaturahim, bermusuhan sesama Muslim, mengkhianati agama dan negara, menyalahgunakan nama agama, kafir-mengkafir, pulau-memulau bahkan ke peringkat menumpah maruah dan darah hanya semata kerana kegilaan mendapatkan kerusi politik.

Jika kegilaan ini tidak dikawal ia akan menjadi politik gila yang akhirnya membawa kepada masyarakat disibukkan dengan desus-desas yang berbagai-bagai, umpat-mengumpat, tuduh-menuduh, surat dan e-mel layang bertebaran dan berbagai-bagai sensasi akan menggugat ketenteraman masyarakat. Ketika orang lain sibuk membina kekuatan ekonomi dan pendidikan mereka, umat Islam pula tidak habis-habis menyibukkan diri dengan gosip dan keresahan politik."

Thursday, July 12, 2007

Korbankan 'Melayu' demi Islam?

Artikel menarik dari saifulislam.com Click Here!

Apa yang saya dapat dari artikel ini bahawa, Melayu tidak patut disalahkan apabila seseorang Melayu itu berperangai sebagai tidak Islamik. Jika seseorang yang berbangsa Melayu menunjukkan sikap yang tidak sejajar dengan Islam, ia sebenarnya juga tidak sejajar dengan budaya Melayu itu sendiri.

excerpt from article;

"Melayu mengajar anak-anak beradab sopan dan menghormati orang tua, tetapi Melayu tidak menetapkan bahawa caranya ialah dengan menengking kanak-kanak dan memaksa mereka diam tidak bercakap.

Melayu mengajar anak-anak berlapik cakap dan tahu memilih kata, tetapi bukan sampai terbisu dari menyatakan kebenaran.

Maka janganlah dibebankan Melayu atas nama Islam, kerana bukan Melayu punca kelemahan Islam.

Segala-galanya harus berbalik kepada faktor manusia.

Manusia yang memilih untuk baik atau buruk.

Manusia yang memilih untuk berbudi bahasa atau biadab busuk bicara.

Manusia yang memilih untuk menjadi Muslim yang baik, atau Muslim yang cela."


................

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49 : 13)

Allah SWT yang menjadikan manusia itu ada yang Melayu, ada yang Cina, ada yang India. Tujuannya adalah untuk memperkaya dan membangunkan kehidupan manusia. Namun ukuran buruk baik manusia ialah pada Taqwa.

Boleh sahaja Melayu yang Muslim itu menuju Taqwa.

Boleh sahaja India yang Muslim itu menuju Taqwa.

Boleh sahaja Cina yang Muslim itu menuju Taqwa.

Tidak ada pertentangan di antara menjaga kemelayuan Melayu, juga kecinaan Cina atau keindiaan India… pada jalan menuju Taqwa.

Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya Cina, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya.

Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya India, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya."

Wednesday, July 11, 2007

Cerita tahayul.. make believe story

Received this in my mail the other day...

Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki keperempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular.

Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalamkandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Subhanallah. Nauzubillah....

Tengok video kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=kLgIFd3dlU4

Replied the mail with this..

Salaam pps, just wanna say something in regards to this. All we know is that there's this weird youtube vid accompanied by the msg.

1) How do we know the story is fact?

Just by joking ard like that in Makkah that and poof! your baby turns into a snake like creature.

2) Its illogical. And Islam doesn't teach such things.
3) These kind of stories only confuse muslims. They will think," Oh, I better be careful with my mouth in Makkah, magical things have happened."
4) Muslims believing this will be the laughing stock of non-muslims, especially those anti muslims.
5) Non-muslims will think,"Hmm, Islam is a dangerous religion... not only there are terrorist nowadays, but when you say the wrong things, God will punish you!"

So seriously.. there's no such thing. There are lots of misconception in Islam and this is one of them. Look up the biography of our Prophet s.a.w. and look for stories such as this. THERE'S NONE. When he prayed for the destruction of Makkan pagans/infidels, it didn't happen on the spot/magically! He himself had to set out to numerous battles to achieve this and even got badly injured (Battle of Uhud) when the infidels came trying to finish off Islam.

Why does these kind of stories surface ONLY in this modern age? Hm, Allah SWT knows best.

Sunday, July 08, 2007

Menegakkan Islam?

Inikah bahasa seorang ulama yang dikatakan pewaris Nabi?

Listen and reflect..



A recitation by Sheikh Mashari Al-Afasy of verses 38-65 of surah Ghafir (The Forgiving) with English translations. [Surah 40 of the Holy Quran]