Excerpt of an article from Saifulislam.com, Tajuk,"Jiwa da'i, otak fiqh".. though the topic is on sikap dan cara dakwah but lets FOCUS more on the dialogue itself..
Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. I don’t want to wear scarf.”
Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih!
Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan kelapan dan kesembilan kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih dahulu".
"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.
"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.
"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.
"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?", saya menguji.
"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.
"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan perbualan.
"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup awak?", beliau bertanya lagi.
"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan bertubi-tubi saya.
"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year", katanya dengan yakin.
"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki, rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya, apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.
"Hmm...", sepi tanpa jawapan...
"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama..."
"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis tersebut mengacukan soalannya.
"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.
Lantas aku mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya aku membuat kesimpulan berikut:
"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"
Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"
Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, dan atas nostalgia peristiwa Hasan al-Banna itu, marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".

4 comments:
salam..
satu perkongsian yg sangat menarik dan sangat perlu dicontohi.. inilah beza orang fiqh semata-mata dan orang dakwah.. (i used to call org dakwah rather than fiqh daie which is the same). bila org tanya, org iqh akan biasanya jawab halal atau haram. bg org dakwah, dia takkan terus jawab tp mencari pokok masalah dan memberi jalan untuknya mencari kebenaran itu dengan sendiri (diorang kena berfikir bukannnya dihukum).. so, i like ur way of thinking..
tambah plak, some muslims (esp leaders) seem to struggle for islam but they dont learn how to do dakwah. that's the problem of which Islam has been misunderstood because of the wrongful approach of muslims..
Islam tak pernah salah tapi umat Islam yg bersalah..
tq 4 sharing the experience
Salam bro,
AlhamdulilLah(segala pujian bagi Allah SWT),
Agreed, Islam tidak boleh disalahkan..Dan moga kita sama-sama dapat manfaat dari petikan ini.
Salam...
saya pernah berhadapan dengan situasi yang sama..ternyata ilmu saya ketika itu masih kurang..
Salam..
hmm, we can look forward, learn from past experiences n improve..
learning is a lifelong, ongoing process..there is no end.. we can learn frm anything,anyone young or old and in any situation.
Anyway bro syahid, cant post comments on ur tagboard, banyak artikel best2.. tukar cbox ler kalo bleh (",)
Post a Comment