Ceramah from one of my favourite pensyarah, Dr Mohd Asri, Mufti Perlis, Malaysia, mengenai surat yg dihantar kepada sesetengah madrasah di Singapura dari segolongan tarekat.
Dalam apa-apa pengajaran agama yang kita ambil, hendaklah berhati-hati dan jangan bertaklid buta atau terlalu taksub. Haruslah tahu dan yakin pengajaran itu berlandaskan syariat Islam, yakni al-Quran dan as-Sunnah. Kita boleh mengambil iktibar dari kata-kata Imam asy-Syafi'i sendiri..
(taklid buta?! - menerima pengajaran atau kata-kata dari seseorang dan mempercayainya bulat-bulat tanpa mengetahui asal-usul pengajaran itu jika ia benar atau berasaskan dalil-dalil yang shahih. Mengelakkan seseorang daripada berfikir)
(taksub?! - walaupun menyedari sesuatu fahaman yg berlainan dari apa yg telah dipelajari lebih tepat berdasarkan hadith shahih, tetapi masih hendak mengekalkan fahaman yg lama yg kurang tepat itu. Menyebabkan seseorang tidak bersikap berlapang dada(open-mind) dan menyebabkan perpecahan umat apabila terlalu fanatik mempertahankan fahaman dari golongan sendiri)
'Pada suatu hari Imam asy-Syafie berkata kepada muridnya yang bernama ar-Rabi',"Wahai Abu Ishak, janganlah engkau bertaqlid kepadaku dalam tiap-tiap perkara yang aku katakan, fikirlah benar-benar demi untuk kebaikan dirimu sendiri, kerana ia adalah dari urusan agama." - "Riwayat hidup Imam asy-Syafi'i" by Tarikuddin Bin Haji Hassan.
"Setiap apa yang aku ucapkan dan didapati apa yang sahih yang diriwayatkan oleh RasululLah menyanggahi pendapatku, maka ia (hadith Nabi s.a.w) itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku" - Al-Zahabi, Siyar 'Alam al-Nubala', 10/33 (Maksudnya: jangan mengikutinya dalam pendapat-pendapat beliau yang tidak bertepatan dengan sunnah RasululLah s.a.w.)
Also see:Adakah insan dapat mengetahui perkara ghaib?
No comments:
Post a Comment