Spotted somewhere.."Link here!"
Telah menjadi sunnatullah, setiap manusia dicipta mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kesemuanya ini telah menjadi qadha Allah dan ketentuanNya dalam melebihkan dan mengurangkan anugerah nikmatNya terhadap hamba-hambaNya kerana Dia yang lebih mengetahui apa yang baik untuk hambaNya.
Dalam memelihara keimanan dan tingkah laku kita sebagai seorang Muslim, sepatutnya kita berasa senang dengan kesenangan dan kelebihan yang diperolehi oleh saudara kita yang lain. Tetapi, apa yang sering kita lihat, sejak dari zaman Nabi Adam lagi hingga sekarang ini, sifat iri hati dan hasad dengki seolah-olah menjadi darah daging dalam jiwa manusia. Sifat yang keji ini, jika tidak dirawati, lama kelamaan akan membawa padah yang amat buruk pada diri manusia itu sendiri dan pada masyarakat sekelilingnya.
Allah SWT telah menjelaskan kenyataan ini melalui firmanNya di dalam surah Ali-Imran, ayat 120, Yang bermaksud: Apabila kamu mendapat kebaikan, nescaya mereka akan merasa kurang senang, tetapi apabila kamu mendapat kejelekan, maka mereka pun merasa gembira ria kerananya.
Di dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: Ertinya: Tiada hasad (yakni dibenarkan berhasad), melainkan dalam dua perkara sahaja, iaitu: Seseorang yang dikurniai Allah harta yang banyak, lalu ia menaburkan harta itu dalam perkara-perkara yang hak dan benar, sehinggalah hartanya habis. Dan seseorang lagi dikurniai Allah dengan ilmu pula, lalu ia mengamalkan ilmu itu serta mengajarkannya juga kepada orang ramai.
Dalam hal yang seperti ini, kita tidak dilarang jika berhasad demi untuk mendapat kebaikan di sisi Allah, malah adakalanya dituntut oleh syara'. Firman Allah di dalam surah Al-Hadid, ayat 21: Yang bermaksud: Berlumba-lumbalah kamu sekelian untuk mendapatkan keampunan Tuhan Mu.
Hasad dan dengki adalah seperti obor api yang sedang membakar dan menghancurkan masyarakat sedikit demi sedikit. Hasad dan dengki lahir dari perasaan cinta pada dunia dan lupa akan kebesaran Allah. Hasad dan dengki tidak kenal pertalian keluarga. Berapa banyak keluarga yang runtuh kerana sifat hasad dan dengki di antara ahli keluarga tersebut. Menyedihkan...
Seorang yang mendapat bahagian yang lebih dari harta pusaka, maka mereka yang mendapat kurang dari bahagian tersebut akan timbul perasaan hasad dan dengki dalam jiwa mereka. Tidakkah mereka sedar bahawa manusia hakikatnya tidak memiliki apa-apa. Hatta jantung yang berdegup dalam dada kita bukanlah milik kita. Bolehkah kita memastikan bahawa jantung tersebut akan sentiasa berdegup? Tidak! Kita tidak mampu.
Adakah jantung tersebut milik kita atau milik Allah? Jika jantung yang begitu rapat dengan diri kita tidak dapat kita miliki dan kuasai, apatah lagi segala benda yang wujud disekililing kita. Kesemuanya adalah milik Allah. Allah menentukan siapa yang berhak merasai nikmat benda-benda tersebut.
Jika betul kita ada perasaan hasad dan dengki tersebut, maka ketahuilah bahawa sebenarnya kita merasa hasad dan dengki terhadap yang empunya nikmat tersebut iaitu Allah s.w.t, Tuhan pencipta segala sesuatu. Adakah dosa dan kobodohan yang lebih besar dari mempunyai perasaan hasad dan dengki terhadap Allah, Tuhan Pencipta alam?
Oleh itu, ELAKKANLAH dari mempunyai perasaan hasad dan dengki demi kebaikan ummah.
Tambahan komen.. Ini dah menjadi lumrah semulajadi. Allah made us that way. Dan syaitan akan selalu berkerja keras untuk menghasut manusia, maka mencegahnya ialah jihad bagi kita.
Maybe one of the ways to help us is to cleanse our hearts by increasing our knowledge in this(e.g. apakah pintu kemasukan syaitan untuk menghasut kita), beramal dengan apa yang telah kita pelajari, berdoa dan berzikir(rememberance of Allah e.g. bertasbih(subhan'Allah - Maha Suci Allah),bertahmid(AlhamdulilLah - Segala pujian bagi Allah),bertahlil(La iLa ha illaLah - Tiada Tuhan selain Allah),bertakbir(Allahu Akhbar - Allah Maha Besar) - in anything we do at anytime, also read and understand al-Quran).
Insya-Allah if we do these, it will lead to us staying cool and maintain slalu..Bersabar dan bertindak secara tenang dan baik tanpa emosi.. Wallahua'lam.
3 comments:
Salams Bro
Yes I do agree with your entry.
Sifat hasad dengki seems like darah daging in human being nowadays - which is not right at all, moreover for us Muslims.
The best way is of course to bersihkan hati, sucikan diri .. Banyakkan beribadah, tingkatkan amalan yang membawa keredhaan Allah dan beristighfar agar Allah memberi kita segala keampunan ..
Last but not least, avoid doing things that will lead us to kemurkaan Allah S.W.T.
And .. Sesungguhnya we should keep reminding ourselves that kita adalah hambaNya yang dhaif ..
Waa'laikissalaam wr. wb
Yeap..setuju..I concur. (",)
Post a Comment