Read an e-book version of this book, "Siapakah Ahli Sunnah yang sebenar" by Dr Azwira Abdul Aziz here --> Click!
Excerpt from book;
Berdasarkan penjelasan dan perbincangan dalam buku ini juga, dapat dikenal pasti bahawa gelaran Wahabi adalah sesuatu yang sengaja dicipta dan dipopularkan oleh para pendukung bid’ah semata-mata untuk memburuk-burukkan imej para pendukung Sunnah di Malaysia pada kaca mata orang ramai. Demikian juga segala tohmahan yang dilontarkan seperti mujassimah, musyabbihah, jahil terhadap ilmu fiqh dan usul fiqh, pemecah belah masyarakat, pengganas dan penentang kerajaan Islam. Semuanya adalah tuduhan palsu yang sekadar mengesahkan kejahilan, kejahatan dan pengkhianatan pihak yang membuat tohmahan itu sendiri. Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:
وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً
Maksudnya: “Dan orang yang menyakiti para mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul suatu pembohongan dan dosa yang nyata” [Al-Ahzab, 33: 58]
وَمَن يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْماً ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئاً فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَاناً وَإِثْماً مُّبِيناً
Maksudnya: “Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau dosa kemudian dia menuduh orang yang tidak bersalah dengannya, maka sesungguhnya dia telah memikul suatu pembohongan dan dosa yang nyata” [An-Nisa', 4: 112]
Sebelum berpisah, penulis menyeru kepada pihak-pihak yang berwajib agar lebih prihatin terhadap penyelewengan agama dalam bentuk mentahrif (mengubah) maksud hadith, mengkafir para Sahabat dan mentohmah para ulama. Ini kerana sesungguhnya cara pengkhianatan seumpama itu menyamai cara pengkhianatan Yahudi yang memesongkan ajaran para Anbiya’, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang bermaksud: “Iaitu orang-orang Yahudi, mereka mentahrif (mengubah) perkataan dari tempat-tempatnya…” [An-Nisa’, 4: 46]
Justeru benarlah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: “…Kemudian sesungguhnya selepas kamu ada satu kaum yang bersaksi sebelum diminta menjadi saksi, mereka mengkhianati dan tidak dipercayai, mereka berjanji tetapi tidak menepati, dan jelas pada mereka tanda-tanda as-Siman” [Al-Bukhari, Muhammad Ibn Isma’il, Sahih Al-Bukhari (Bersama Fath Al-Bari), Tahqiq dan Tarqim: Muhib Ad-din Al-Khatib dan Muhammad Fuad ‘Abd Al-Baqi, Dar Al-Matba’ah As-Salafiyyah, Kaherah, Mesir, 1407H, No: 3650. “As-Siman” bererti kegemukan disebabkan lemak yang banyak, mengisyaratkan kepada kehidupan yang mewah]
No comments:
Post a Comment