Thursday, July 12, 2007

Korbankan 'Melayu' demi Islam?

Artikel menarik dari saifulislam.com Click Here!

Apa yang saya dapat dari artikel ini bahawa, Melayu tidak patut disalahkan apabila seseorang Melayu itu berperangai sebagai tidak Islamik. Jika seseorang yang berbangsa Melayu menunjukkan sikap yang tidak sejajar dengan Islam, ia sebenarnya juga tidak sejajar dengan budaya Melayu itu sendiri.

excerpt from article;

"Melayu mengajar anak-anak beradab sopan dan menghormati orang tua, tetapi Melayu tidak menetapkan bahawa caranya ialah dengan menengking kanak-kanak dan memaksa mereka diam tidak bercakap.

Melayu mengajar anak-anak berlapik cakap dan tahu memilih kata, tetapi bukan sampai terbisu dari menyatakan kebenaran.

Maka janganlah dibebankan Melayu atas nama Islam, kerana bukan Melayu punca kelemahan Islam.

Segala-galanya harus berbalik kepada faktor manusia.

Manusia yang memilih untuk baik atau buruk.

Manusia yang memilih untuk berbudi bahasa atau biadab busuk bicara.

Manusia yang memilih untuk menjadi Muslim yang baik, atau Muslim yang cela."


................

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49 : 13)

Allah SWT yang menjadikan manusia itu ada yang Melayu, ada yang Cina, ada yang India. Tujuannya adalah untuk memperkaya dan membangunkan kehidupan manusia. Namun ukuran buruk baik manusia ialah pada Taqwa.

Boleh sahaja Melayu yang Muslim itu menuju Taqwa.

Boleh sahaja India yang Muslim itu menuju Taqwa.

Boleh sahaja Cina yang Muslim itu menuju Taqwa.

Tidak ada pertentangan di antara menjaga kemelayuan Melayu, juga kecinaan Cina atau keindiaan India… pada jalan menuju Taqwa.

Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya Cina, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya.

Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya India, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya."

No comments: