Article from utusanmalaysia online.. to read the whole article Click Here!
Excerpt from article;
"Justeru itu, seperti kita berkempen bahaya dadah, bahaya rasuah, bahaya pandu laju, kita juga kena berkempen tentang bahaya gila politik. Ia telah mengorbankan ramai manusia sehingga sanggup menjadi hamba orang lain, melanggar batasan syarak, memutuskan silaturahim, bermusuhan sesama Muslim, mengkhianati agama dan negara, menyalahgunakan nama agama, kafir-mengkafir, pulau-memulau bahkan ke peringkat menumpah maruah dan darah hanya semata kerana kegilaan mendapatkan kerusi politik.
Jika kegilaan ini tidak dikawal ia akan menjadi politik gila yang akhirnya membawa kepada masyarakat disibukkan dengan desus-desas yang berbagai-bagai, umpat-mengumpat, tuduh-menuduh, surat dan e-mel layang bertebaran dan berbagai-bagai sensasi akan menggugat ketenteraman masyarakat. Ketika orang lain sibuk membina kekuatan ekonomi dan pendidikan mereka, umat Islam pula tidak habis-habis menyibukkan diri dengan gosip dan keresahan politik."
No comments:
Post a Comment