Sunday, March 22, 2009

Visiting Al-Aqsa Mosque

Excerpt from Saifulislam.com entitled "Agar Kaumku Beringat-ingat"..Link Here!

"Anta tidak ke al-Masjid al-Aqsa?" tanya teman di sisi.

Tepu dada saya mendengar soalan itu.

Membendung perasaan untuk menjenguk ziarah ke Kiblat pertamaku, untuk menyusul jejak-jejak Isra' dan Mi'raj yang agung itu, untuk menjamah barakah Tanah Haram ketiga itu. Masakan diri ini tidak kepingin untuk ke sana.

"Jangan ditanya keinginan hati. Jawapannya pasti. Tetapi ana menghormati fatwa masyaikh kita", saya membalas lesu.

"Fatwa yang mana?" sahabat saya kurang pasti.

"Haram melawat al-Masjid al-Aqsa kecuali dengan maksud jihad membebaskannya", saya menjawab.

"Oh ya. Ana pun ada mendengarnya. Apa alasan fatwa itu?" tanyanya lagi.

"Lawatan sebagai pelancong ke al-Masjid al-Aqsa yang terjajah, mustahil berlaku kecuali kita meminta visa dan izin dari kerajaan regim Haram Zionis itu. Setiap application untuk ke Palestin adalah pengiktirafan kita kepada ketuanan Yahudi yang sedang menjajahnya. Malah setiap permohonan yang dicas USD100 itu menjadi sumber pendapatan kerajaan Zionis", saya berkongsi apa yang saya tahu.

"Benar...!" teman saya menyapa perlahan.

Di era 90'an itu, ramai Ulama' di bumi Syam yang memfatwakan haram ke atas aktiviti ziarah dan pelancongan ke al-Quds. Biar pun segelintir rakyat Malaysia masih aktif transit di Amman sekembalinya mereka dari Umrah, lalu menyambung perjalanan ke al-Quds melalui agensi-agensi pelancongan, kami yang bertamu sebagai penuntut ilmu di Dataran Syam ini, tidak berdaya untuk menyanggah fatwa ini. Al-Quds hanya beberapa puluh kilometer dari penempatan kami, namun untuk ke sana.... tidak mungkin.

Al-Quds bukan untuk diziarahi dalam mood pelancongan.

Ia menanti pembebasan!
>>>

For full version of article, Link Here!

No comments: