Saturday, September 16, 2006

Lalang, Oh Lalang!

Interesting reflection on "lalang"...

Oleh: Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

Apabila kita menyentuh sifat jati diri, lazimnya sifat tersebut dibandingkan dengan lalang, iaitu sejenis tumbuhan yang hidup di merata tempat. “Jangan jadi seperti lalang yang melentuk ke sana ke sini apabila ditiup angin. Kita perlu memiliki jati diri yang tidak mudah melentuk umpama lalang!”, demikian pesanan yang selalu diberi.

Akan tetapi kali ini, dalam rangka memenuhi jemputan pihak Kolej Shah Putra, Kuantan, untuk membicara berkenaan Jati Diri Umat Islam pada Sabtu 9 September 2006, saya tidak akan membandingkan sifat jati diri dengan lalang. Sebaliknya saya akan mengumpamakan jati diri dengan lalang. Ya! Untuk umat Islam memiliki jati diri, kita perlu mencontohi lalang.

Di atas bukanlah satu kesilapan ejaan atau susunan ayat.

Agar kita lebih memahami bagaimana sifat jati diri boleh diumpamakan atau dicontohi dengan merujuk kepada lalang, marilah kita mengkaji lima sifat lalang yang begitu terserlah, sekali pun mungkin di antara pembaca ada yang tidak menyedarinya...

Click here for more on article

No comments: