Kita baru sahaja menyaksikan kejadian bencana alam di mana dalam sekelip mata, jutaan rakyat Jepun terkesan dan ratusan jiwa disyaki terkorban. Kejadian bencana gempa bumi dan Tsunami yang sama pernah berlaku tidak berapa lama sebelumnya di negeri jiran kita, Indonesia di mana kesannya lebih besar.(Video Tsunami)
Kehidupan rakyat Singapura dalam suatu kerangka yang aman dan damai ada baik dan buruknya. Buruknya apabila ia boleh mengakibatkan manusia berasa terlalu selesa hingga lupa kepada janji Allah bahawa setiap daripada kita akan menemui ajalnya satu hari nanti.
Adakah kita bersedia untuk menemui janji Allah itu yang tiada sesiapa tahu bila dan di mana? Sedarkah kita akan tujuan hidup yang sebenar atau kita telah lupa disebabkan kesibukan mengejar kemewahan dan keselesaan di dunia?
Saya merasa terkilan apabila memerhatikan kenaikan segolongan Melayu Islam Singapura, sebahagian besar daripadanya remaja, yang hidup setiap hari seolah-olah tidak beragama dan akan hidup di dunia ini selamanya. Sesetengah dari mereka yang telah ada kesedaran pula menunda-nundakan masa untuk bertaubat atas ketelanjuran.
Mereka terlibat dalam aktiviti yang tidak bermanfaat yang hanya melemahkan bangsa dan juga mencemari imej Islam di kaca mata umum seperti meminum arak, melibatkan diri dalam seks rambang, berpesta di sana-sini meramaikan kelab malam dan malam pesta. Dan disebebkan aktiviti seperti ini juga menyebabkan mereka meninggalkan perkara yang paling penting bagi seseorang Muslim iaitu, solat lima waktu.
Rasoolullaah sallallaahu'alayhi wasallam bersabda:
((Shalat adalah tiang agama, barang siapa yang mengerjakannya berarti ia menegakkan agama, dan barang siapa meninggalkannya berarti ia meruntuhkan agama)) (HR. Bayhaqi)
((Yang pertama-tama diperhitungkan terhadap seorang hamba di hari kiamat dari amal perbuatannya adalah tentang sholatnya. Apabila shalatnya baik, maka dia beruntung dan sukses. Apabila shalatnya buruk, maka ia kecewa dan merugi.)) (HR. An-Nasaa'i, At-Tirmidzi)
Akibat keruntuhan akhlak dari aktiviti-aktiviti tersebut dan jauhnya mereka dari Tuhan, perkara sebesar Tsunami pun tidak dapat memberi kesedaran kepada mereka, mungkin hanya sebesar, “Oh, kesian ye orang yang terkorban, apa nak jadi dengan dunia sekarang ini!?”
Di mana silapnya? Tidakkah ada sesiapa yang menegur atau menasihati golongan ini?
Bagaimana jika dalam keadaan mereka sebegitu, ajal mereka tiba?(Semoga Allah memelihara kita semua daripada kejadian sebegitu dan mudah-mudahan kita meninggalkan dunia dalam keadaan yang baik. Amiin.)
Al-Qur’an mengingatkan kita bahawa bencana alam bukanlah sesuatu kejadian tanpa sebab. Ia adalah amaran Allah dan sesuatu peringatan yang amat menakutkan.
Allah SWT berfirman di dalam surah Ar-Rum ayat 41:
Kita bernasib baik kerana sehingga kini, Singapura tidak terkesan oleh apa-apa bencana alam. Allah masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah.
Mudah-mudahan, kejadian bencana Tsunami yang terbaru ini akan lebih menginsafkan kita.
Ayuhlah kita terus berusaha berpesan sesama sendiri untuk senentiasa mengingati tujuan hidup yang sebenar, menjaga hubungan kita dengan Allah dan memperbanyakkan amalan soleh agar terselamat di dunia mahupun di akhirat kelak, insha Allah.
Allah SWT berfirman di dalam surah Al-'Asr ayat (1-3):
Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Qaari'ah ayat (6-7):
Allah Ta'ala lebih Mengetahui..
-------------------------------------------
Bagaimanakah sepatutnya kita mengambil iktibar daripadanya?

{"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia: (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)"}
Kita bernasib baik kerana sehingga kini, Singapura tidak terkesan oleh apa-apa bencana alam. Allah masih mengizinkan kita untuk bermuhasabah.
Mudah-mudahan, kejadian bencana Tsunami yang terbaru ini akan lebih menginsafkan kita.
Ayuhlah kita terus berusaha berpesan sesama sendiri untuk senentiasa mengingati tujuan hidup yang sebenar, menjaga hubungan kita dengan Allah dan memperbanyakkan amalan soleh agar terselamat di dunia mahupun di akhirat kelak, insha Allah.
Allah SWT berfirman di dalam surah Al-'Asr ayat (1-3):
{"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."}
Allah SWT berfirman di dalam surah Al-Qaari'ah ayat (6-7):
{"Adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, Maka ia akan berada dalam kehidupan yang senang lenang."}
Allah Ta'ala lebih Mengetahui..
-------------------------------------------
Soalan: Adakah semua musibah itu berbentuk hukuman?
Bukan semua musibah itu berbentuk hukuman. Malah musibah itu disebut di dalam surah at-Taubah ayat 51 { قل لن يصيبنا إلا ما كتب الله لنا} sebagai "lana" dan bukan "alayna".
Maknanya musibah tu 'baik' untuk kita. Maka balik pada hadith Nabi SAW, mati itu rehat. Sama ada rehat kepada orang baik2 daripada ujian hidup dunia. Atau rehat untuk kita apabila orang jahat2 mati.
Kalau musibah sentiasa hukuman, patutnya tsunami musnahkan White House, 10 Downing St dan bukannya Acheh atau Sendai - ust Hasrizal
No comments:
Post a Comment