Berikut pandangan saya mengenai isu wang hantaran. Sila rujuk kepada artikel di bawahnya yang disiarkan di Forum Berita Harian pada 6 Mac.
(Anyway, I tried to make it as short and concise as possible as it was sent to BH. For a more comprehensive read on such issues, check out the following articles, Apabila Zina Lebih Mudah Daripada Kahwin, Nikah, Nafkah, Mukjizat dan Karamah!, Reducing the Mahr is the Sunnah, The negative and harmful consequences of exaggerating concerning the dowry)
Allah Almighty knows best.
----------------------------------------
Saya merujuk kepada tulisan saudari Fauziah Selamat, ‘Duit hantaran papar nilai bakal suami’.
Saya berpendapat dalam soal wang hantaran, ia tidak seharusnya dijadikan isu utama dalam hal perkahwinan dan saya menyokong kepada seruan sesetengah pihak untuk menilai semula istilah wang hantaran agar besesuaian dengan tuntutan syarak.
Adakah benar jika seseorang itu tidak mampu membayar harga hantaran sebanyak $8000 atau apa harga sekalipun, bererti dia tidak mampu menampung belanja keluarganya kelak?
Sebagai contoh, dua pemuda yang sudahpun bekerja dengan gaji bulanan yang sama, yang secara dasarnya, sudah mencukupi bagi menampung sesebuah keluarga. Bezanya salah satu daripada mereka sudahpun menyimpan untuk wang hantaran dan satu lagi belum.
Tidakkah ia sesuatu yang membebankan apabila pemuda yang sudah mampu membina rumahtangga itu terpaksa berhutang atau menundakan perkahwinannya mungkin sehingga 2 atau 3 tahun, hanya untuk mendapatkan wang hantaran yang diminta keluarga tunangannya?
Pada zaman ini, di mana jalan menuju kepada yang haram amat mudah, sebaiknya kita membantu memudahkan yang halal. Kita juga harus adil apabila menilai seseorang calon, bukan hanya pada kemampuannya membayar hantaran. Bagi pembelanjaan majlis perkahwinan pula, sebaiknya kita berbelanja sekadar yang kita mampu dan elakkan pembaziran.
Janganlah semata-mata kerana kehendak kita, anak-anak kita menderita atau lebih teruk lagi, kita membuka jalan fitnah bagi mereka apabila kita menunda-nundakan majlis perkahwinan kerana perkara yang kecil seperti wang hantaran.
Rasullullah s.a.w. pernah menyatakan kepada para sahabat, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.”
Ridhuan Muhammad Hasim

6 Mac 2011, Forum BH
SAYA ingin mengulas berkaitan isu mas kahwin dan perbelanjaan bagi majlis perkahwinan.
Pada pendapat saya, anak muda yang enggan berkahwin atau melewatkan perkahwinan mereka dan isu perceraian tidak harus dikaitkan dengan wang hantaran.
Memang wang hantaran kini dianggarkan mencecah purata $8,000. Tetapi kita mesti ingat jumlah itu sebenarnya tidaklah terlalu tinggi pada masa sekarang.
Islam menggalakkan kita berusaha mendapatkan apa yang kita kehendaki dan ini sama juga dengan perkahwinan. Jika seseorang lelaki ingin berkahwin, orang itu haruslah berusaha mencapai matlamat ini, termasuk dari segi kewangan. Usahlah ambil mudah tentang perkara ini.
Jika sekadar wang hantaran pun mereka tidak mampu atau tidak dapat mengadakannya, bagaimana mereka hendak menampung belanja keluarga mereka kelak?
Tentang majlis perkahwinan, saya berpendapat itu terpulang pada kemampuan keluarga sama ada mahu melakukannya secara besar-besaran ataupun dengan sederhana.
Janganlah perihal wang hantaran dijadikan sebab golongan lelaki ingin mengambil kesempatan. Mereka harus memikirkan tanggungjawab mereka setelah berkahwin kelak.
Fauziah Selamat

2 comments:
Cakap senang je nak duit hantaran banyak2..Nape de setengah pihak pempuan boleh terima lagi duit hantaran bawah RM8000?Mereka juga bukan orang susah.
Sebenarnya atas diri masing2.Asal usul duit hantaran ini adalah pemberian ikhlas dari pihak lelaki bukan pihak pempuan suka2 mintak.
Salam.. btol tu bro. Di Malaysia ada lagi yang tak mementingkan masalah hantaran. Di Singapura ni susah skit nak cari macam tu.
Masalah hantaran ni dah lama, sejak zaman P.Ramlee lagi sudah dicoba untuk diperbaiki menerusi filemnya Bujang Lapok.
Apa yang kita boleh buat ialah teruskan dalam menasihati dan apabila kita berkeluarga satu hari nanti kita cuba menjalankan majlis perkahwinan anak dengan cara yang lebih baik menurut Islam.
Tak bermaksud kita buang adat kesemuanya tetapi kita kekalkan mana yang baik dan cuba elakkan mana2 yang bercanggah atau jauh dari prinsip Islam.
Post a Comment