Saturday, September 27, 2008

Akhirnya Kutemui Al-Ghazzali

Masya Allah, this is a good article from saifulislam.com, in helping to understand better about Imam Ghazzali.. To read the full article Link Here!

And there is another article whereby the author defended Imam Al-Ghazzali against wild accusations from Astora Jabat entitled "Al-Ghazzali sasaran liberalisasi agama" Link Here!

Excerpts from article;

"Terlalu banyak agenda kehidupan dan akhirnya ‘terkilan’ saya terhadap Imam Ghazzali terbiar begitu sahaja. Saya terkilan kerana saya tahu dia hebat, namun saya tidak tahu di mana kehebatannya. Saya tahu kitab Ihya beliau adalah kitab tajdid di zamannya tetapi saya tidak tahu di mana keagungan kitab tersebut. Puncanya masih berlegar pada dua isu tadi; hadith dan Falsafah. Namun saya bersyukur kerana sistem pengajian di Jordan menjadikan saya terdidik untuk amat kasih dengan semua ulama’, tidak taasub dengan mana-mana tokoh walau sehebat mana, hingga boleh membutakan mata dari mencari kebenaran."

>>>>>>

"Walaupun mungkin tulisan saya untuk Majalah I pendek sahaja, namun prinsip saya ialah seorang penulis mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Jika seorang penulis lebih banyak menulis daripada membaca, maka itulah saat-saat bangkrap seorang penulis. Saya perlu memahami sesuatu tajuk secara menyeluruh, kemudian barulah saya boleh membuat keputusan tentang banyak manakah hasil pembacaan saya itu yang hendak dikeluarkan sebagai artikel penulisan."

>>>>>>>

"Pada saya, Imam Ghazzali sebenarnya sama sahaja dengan Ibn Taimiyah di dalam soal Falsafah. Kedua-dua mereka mempelajari Falsafah kerana mahu menghancurkan ilmu yang telah menipu umat Islam ini. Akan tetapi Imam Ghazzali lebih berjaya kerana Ibn Taimiyah tidak pernah dianggap sebagai ahli Falsafah oleh ahli Falsafah. Oleh yang demikian, penulisan beliau yang hebat tidak dipedulikan oleh ahli Falsafah kerana beliau bukan sebahagian mereka."

>>>>>>

"Akan tetapi, Imam Ghazzali menyambung tulisannya di dalam Maqasid al-Falasifah itu di dalam buku kedua beliau iaitu Tahafut al-Falasifah. Di dalam kitab inilah Imam Ghazzali menghentam habis-habisan ilmu Falsafah yang cuba mengatasi wahyu. Soal Fizik dan cabang Falsafah yang lain, Imam Ghazzali menerima bahkan menyanjungnya. Cuma Falsafah yang cuba menganalisa Tuhan dan Ketuhanan itulah yang ditentangnya."

>>>>>>>

"Al-Ghazzali memulakan serangannya dengan meletakkan dirinya di tengah-tengah kelompok ahli Falsafah. Apabila mereka menerima dan mula menyanjung al-Ghazzali, maka barulah beliau mengeluarkan taringnya. Hanya jauhari yang kenal manikam!"

>>>>>>

"Berhari-hari saya tersenyum sendirian kerana Tuhan telah membantu saya untuk mengenali al-Ghazzali. Ketika di usia 20, saya dapat menyelesaikan pandangan saya terhadap khalifah Islam terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid II dan di usia 30, saya diizinkan Allah mengenali, menghargai dan menghormati Imam al-Ghazzali."

>>>>>>>

Alhamdulillah..

No comments: