Excerpt from a book..
'Orang yang berilmu boleh terpedaya dengan ilmunya. Berhubungan dengan ini, Imam al-Ghazali berkata,"Antara golongan yang terpedaya ialah ahli fikah yang menguasai ilmu ketaatan tetapi tidak mengamalkannya. Sebahagian daripada mereka menguasai ilmu sehingga mereka mengenali perkara yang maksiat, tetapi mereka tidak menjauhinya. Sebahagian yang lain mengetahui tentang kepentingan akhlak tetapi tidak menghiaskan diri mereka dengannya. Inilah (ulama) yang tertipu...
Imam Tabrani dan Baihakki meriwayatkan sabda nabi(s.a.w) yang bermaksud,'Manusia yang mendapat azab yang paling keras di hari kiamat ialah orang alim yang tidak mendapat manfaat dari ilmunya'."
Seterusnya Iman Ghazali berkata,"Walau bagaimanapun sebahagian ahli ilmu mengamalkan apa yang mereka ketahui namun tujuan mereka bukanlah untuk mencari keredhaan Allah sebaliknya untuk mencari pengaruh serta nama. Sebahagian yang lain berasa ujub atau kagum dengan kelebihan yang ada pada diri mereka. Mereka asyik menghiaskan diri di sudut zahir sehingga mengabaikan perkara yang lebih penting yaitu kebersihan batin serta hati. Ketika itu mereka melupakan musuh mereka yang utama iaitu syaitan.
Lantas mereka berpakaian dengan menggunakan kain-kain halus diselimuti mutiara, perhiasan serta sutera yang diharamkan, dan bermusafir dengan menggunakan kuda serta kenderaan yang mengagumkan. Mereka mendakwa kesemua ini dilakukan bertujuan untuk memuliakan agama. Mereka masuk ke tempat para penguasa yang zalim untuk memuji serta mendapatkan kasih sayang mereka. Mereka ini sebenarnya adalah dajjal agama dan bukannya imam agama kerana imam agama yang sebenarnya mengutamakan kepentingan akhirat dan tidak terpedaya dengan kelazatan dunia. Sebaliknya golongan dajjal ini berpaling dari kehendak Allah dan menghadapkan dirinya kepada keenakan dan kenikmatan dunia."
Kesemua ini disebutkan di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin'.
No comments:
Post a Comment