Dari pelbagai aliran akhirnya mereka berhijrah kepada salafiyah. Pemahaman salafus soleh... (note: kecuali Shiekh Abdul Qadir al Jilani yang beraqidah Ahlu Sunnah, mengikuti jalan Salafus Shalih)
Abu al-Hasan Ali ibn Isma'el al-Ash'ari (874- 936)
was a Muslim Arab theologian and the founder of the Ash'ari school of early Muslim philosophy.
"At the end of his life, he repented from Kalam and became one of the pupils of Imam Ahmad. He changed his view regarding most things and denounced Kalam (reference: Al-Ibana)."
Link Here!
Imam al-Ghazali (1058-1111)
Syeikh Ibn Taimiyah rh. menyatakan bahawa al-Ghazali pada akhir hayatnya telah kembali berpegang kepada Ahl Sunnah wa al-Jamaa'ah. Beliau telah mengkhususkan kepada al-Quran dan Sunnah, dan beliau mengkritik ilmu kalam dan cabang-cabangnya. al-Ghazali menasihatkan ummah untuk kembali kepada kitab Allah dan Sunnah Rasulullah saw, dan mengamalkan apa yang mereka amalkan, sebagaimana juga jalan para sahabat. (Majmu' Fataawa, 4/71)
Kata Ibn Taimiyah : (وإن كان بعد ذلك رجع إلى طريقة أهل الحديث وصنف إلجام العوام عن علم الكلام ) 'Selepas itu beliau telah kembali ke jalan Ahli hadith, dan telah menulis kitab iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam' (Majmu' Fataawa, 4/72).
Diantara intipati penting buku al-Ghazali yang berjudul iljam al-awwaam adalah:
- beliau mendakwa bahwa mazhab yang sebenar adalah Mazhab para Salaf kerana is merupakan Mazhab para Sahabat dan Tabien.
- mengkritik ahli-ahli kalam yang menta'wil sifat Allah swt didalam proses memurniakan ilmu kalam.
Bagi mereka yang ingin memuat-turun (download) buku al-Ghazali ini, bolehlah mendapatkannya di link berikut ini :-
إلجام العوام عن علم الكلام - iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam
url : http://www.ghazali.org/works/iljam.pdf
Link Here!
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani (1077- 1166)
Beliau adalah seorang ‘alim. Beraqidah Ahlu Sunnah, mengikuti jalan Salafush Shalih. Dikenal banyak memiliki karamah-karamah. Tetapi banyak (pula) orang yang membuat-buat kedustaan atas nama beliau. Kedustaan itu baik berupa kisah-kisah, perkataan-perkataan, ajaran-ajaran, “thariqah” yang berbeda dengan jalan Rasulullah, para sahabatnya, dan lainnya.
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani menyatakan dalam kitabnya, Al Ghunyah, ” Dia (Allah ) di arah atas, berada diatas ‘arsyNya, meliputi seluruh kerajaanNya. IlmuNya meliputi segala sesuatu.” Kemudian beliau menyebutkan ayat-ayat dan hadist-hadist, lalu berkata ” Sepantasnya menetapkan sifat istiwa’ ( Allah berada diatas ‘arsyNya ) tanpa takwil ( menyimpangkan kepada makna lain ). Dan hal itu merupakan istiwa’ dzat Allah diatas arsys.” (At Tashawwuf Fii Mizanil Bahtsi Wat Tahqiq, hal. 515). Ali bin Idris pernah bertanya kepada Syeikh Abdul Qadir Al Jailani, ” Wahai tuanku, apakah Allah memiliki wali (kekasih) yang tidak berada di atas aqidah ( Imam ) Ahmad bin Hambal?” Maka beliau menjawab, ” Tidak pernah ada dan tidak akan ada.” ( At Tashawwuf Fii Mizanil Bahtsi Wat Tahqiq, hal. 516).
Imam Adz Dzahabi menyebutkan biografi Syeikh Abdul Qadir Al Jailani dalam Siyar A’lamin Nubala..
Aku telah mendapatkan aqidah beliau ( Syeikh Abdul Qadir Al Jailani ) didalam kitabnya yang bernama Al Ghunyah. (Lihat kitab Al-Ghunyah I/83-94) Maka aku mengetahui bahwa dia sebagai seorang Salafi. Beliau menetapkan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan aqidah-aqidah lainnya di atas manhaj Salaf. Beliau juga membantah kelompok-kelompok Syi’ah, Rafidhah, Jahmiyyah, Jabariyyah, Salimiyah, dan kelompok lainnya dengan manhaj Salaf.” (At Tashawwuf Fii Mizanil Bahtsi Wat Tahqiq, hal. 509, karya Syeikh Abdul Qadir bin Habibullah As Sindi, Penerbit Darul Manar, Cet. II, 8 Dzulqa’dah 1415 H / 8 April 1995 M.) Inilah tentang beliau secara ringkas. Seorang ‘alim Salafi, Sunni, tetapi banyak orang yang menyanjung dan membuat kedustaan atas nama beliau. Sedangkan beliau berlepas diri dari semua kebohongan itu. Wallahu a’lam bishshawwab.
Link Here!
Rasyid Ridha (1865-1935)
Setelah bertahun-tahun menjalani kehidupan sebagai Sufi, beliau menuturkan pengalamannya, “Saya sudah menjalani Tarekat Naqsyabandiyyah, mengenal yang tersembunyi dan paling tersembunyi dari misteri-misteri dan rahasia-rahasianya. Aku telah mengarungi lautan Tasawuf dan telah meneropong intan-intan di dalamnya yang masih kokoh dan buih-buihnya yang terlempar ombak. Namun akhirnya petualangan itu berakhir ke tepian damai, ‘pemahaman Salaf ash-Shalih’ dan tahulah aku bahwa setiap yang bertentangan dengannya adalah kesesatan yang nyata.”
Beliau banyak terpengaruh oleh majalah ‘al-‘Urwah al-Wutsqa’ dan artikel-artikel para ulama dan sastrawan. Terlebih, pengaruh gurunya, Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Beliau benar-benar terpengaruh sekali sehingga seakan gurunya lah yang telah menggerakkan akal dan pikirannya untuk membuang jauh-jauh seluruh bid’ah dan menggabungkan antara ilmu agama dan modern serta mengupayakan tegak kokohnya umat dalam upaya menggapai kemenangan.
Dan yang lebih banyak mempengaruhinya lagi adalah beliau buku-buku karya Syaikhul Islam, Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab.
Link Here!
No comments:
Post a Comment