Thursday, August 12, 2010

Apabila Artis Mula Berbicara Tentang Agama

Sila rujuk kepada artikel ini sebelum membaca komen di bawah.. 'Ilmu penawar keracunan ideologi'

My Personal Comment

Sebuah artikel yang berat sebelah dan sempit di dalam penilaiannya yang hanya memfokuskan kepada keburukan yang timbul akibat kumpulan-kumpulan atau individu tertentu yang mencemarkan nama Islam akibat tindakan mereka yang tidak amanah dan melampau yang dukacitanya, menisbahkan diri mereka sendiri sebagai pendukung sunnah yang tulen ataupun 'Salafi' padahal jauh sekali daripada ajaran dan akhlak Rasoolullah sallallaahu'alaihi wasallam.

Lebih lagi apabila beliau membuat kesimpulan umum bahawa semua yang belajar di Arab Saudi atau cenderung kepada pendapat dan pemikiran ulama-ulama tersebut, sebakul dengan mereka yang tidak berakhlak, berfikiran extrimis dan radikal yang jelas membelakangi sunnah.

Padahal hanya segelintir yang terlibat dan sebahagian besar dari mereka yang memperjuangkan Sunnah, mengambil jalan tengah, bersikap sederhana dan ikhlas memperjuangkan mempraktikkan Sunnah Rasoolullaah sallallaahu'alaihi wasallam dari nas-nas yang sahih dan boleh dipercayai, serta menghormati kepelbagaian pendapat dan mencuba sebaik mungkin mengelakkan kekecohan dan perpecahan di dalam masyarakat.

Tidak tahukah beliau bahawa diantara para sukarelawan Religious Rehabilitative Group (RRG) atau kakitangan dan juga sesetengah mereka yang memegang jawatan penting di dalam badan-badan Islam besar di Singapura contohnya, juga terdiri daripada graduan dari Universiti Islam Madinah ataupun universiti Arab Saudi yang lain, dan mereka diiktiraf atas kesarjanaan dan ilmu mereka?

Dan selama ini TIADA SEORANG PUN diantara pelajar-pelajar atau para graduan Singapura dari universiti-universiti Saudi yang terlibat dengan aktiviti keganasan atau telah mencapai suatu tahap hingga mengkafirkan antara sesama Muslim..

Back to basics I think, we cannot judge the teachings of any scholar, ustaz or any Islamic institution by the actions of certain individuals or groups who portray a radical and take an extreme stance which is different from what they have learnt or been taught most probably due to their own misinterpretation and naivety being influenced by radical groups or individuals who have their own personal agenda, deviating from what Islam itself actually promotes and represents.

We must judge by examining fairly the teachings in the books themselves, understanding the context of what is being taught as a whole.

The reality is that, (from my own personal experience studying at one of the universities there and also attending some study circles at Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah), these institutions and their scholars always promotes peace, understanding, respecting the different opinions and we can observe through the own words of such scholars in their books or articles and the asatizahs themselves always maintaining a sense of humility, displaying excellent moral conduct and character in any situation, always respecting one and all and would always remind their students or Muslims in general to do the same, to always be conscious of Allah in all that they do, to be aware that their every word or actions will be taken into account by Allah Almighty one day..

Additional comments from a friend..

Quote: Artist turned socio-political commentator?

Some facts are referred to certain statistic, fair enough but for the following statements takde bukti yg jelas... contoh:

'apabila diselediki' = macam mana kau selidik? bawa team forensic ke?

'Kami memang... sudah cam pemuda fahaman... radikal itu kerana imej mereka yang terserlah' = Ade statistics ke, org radikal mesti imej camtu? atau stereotype?

'Kemudian, kami diberitahu bahawa' = sape yg beritahu? org yg boleh dipercayai ke?

Maaf cakap, dah macam baca karangan budak secondary school pula.

and (this just in) comments from a respectable and well-known local ustaz..

'Sesiapa sahaja boleh membuat komen tentang agama. Samada dia itu artis ke, tukang masak ke, pekebun ke atau sebagainya. Namun satu ciri yang tak boleh lepas ialah dia mesti memiliki peribadi agama yang baik. Dia mesti mempunyai sifat 'adlah yang tidak boleh dipertikaikan.


Bagi si artis yang kononnya nak komen tentang ulama salaf terutama ulama unggul seperti Ibn Taimiyah, kita tengok sahaja peribadinya. Rambutnya menyerupai perempuan dan pernah hidup di kota London dan menyanyi di pub-pub yang menggalakkan peminuman arak. Bila balik Singapura, tiba-tiba alim pula dan dah nak komen tentang ajaran-ajaran tertentu. Macam mana nak terima kata-kata dia?

Kalau dah nak jadi alim, biar alim betul-betul. Tukar cara hidup tu dulu kemudian baru mula bercakap. Kalau boleh pun belajar Bahasa Arab dan baca karangan-karangan ulama-ulama yang nak dikomen. Barulah betul. Ini petik kata sana, petik kata sini dan kemudian buat penelitian yang tidak tepat. Tak malu ke?'

On The Other Hand

Sila rujuk artikel ini..Al-Qaeda ancam guling kerajaan Arab Saudi

Aik., pelik..si Radikal nak gulingkan "penyokongnya" di dalam keradikalan?

Funny world and times we live in

Allah Almighty knows best.

No comments: