Saturday, December 27, 2008

In search for the truth..

I'd like to quote this metephor shared by bro Nazmi in one of his comments in a previous article of mine,

"Our house is under vicious attack. The roof is on fire and the windows have been broken into. Enemies have surrounded the perimeter and day and night launch their most destructive firepower on the existing foundation. Inside, we stand in the kitchen arguing about who is going to do the dishes"

Yes, that's what happening among some Muslims out there, lashing out at each other, not by wisdom, basic courtesy or arguing to eventually come to a point of agreement of the truth but with total disrespect for one another, inciting hatred and resentment, trying hard to proof one another who's right or wrong in their own opinions, who's Sunnah or not, some even branding each other as enemies, while in reality they are brothers in Islam.

This brings us to the question. Are what they doing and the way they're doing it really Sunnah at all?

For me, I would generally try hard to avoid involvement in such provocative arguments that only wastes time, energy and would not benefit in any way.

Wouldn't it be better if those energy and time were spent thinking and working together to help improve the Muslim community, to excel and have a strong belief that Islam is strong by itself, in its own way, to prove that Islam is a religion that is practical for all in every situation and period of time? And even to direct those arguments to others who're posing a more serious threat to Islam?


Still, I'm gonna touch a little on the Wahhabi issue. Yes, again. Which is one of the topics of argument.

Well what is Wahhabi? No it's not a bird or a plane.. no relation to 'Wasabe' even. Some say they are a sect that has deviated from the Islamic creed. Some say that they are those who are in Saudi. Some say Wahhabis and Salafis are the same. Some say,"Beware of Wahhabis at all cost!!", Some say they are those who practice Islam differently from what we practice at home.

Ok. What do I say?

I say, Wahhabi is just a term that have been manufactured and propagated widely to make already confused Muslims even more confused! That Wahhabis don't exist.

This is my opinion after doing some research of my own from both sides, "anti-Wahhabis" (who are made up of some very sincere practicing Muslims who totally respect the Sunnah and follow their traditions and leaders well) and the so-called "Wahhabis"(who are made up of some very sincere practicing Muslims who totally respect, follow and propagate the Sunnah and don't even know why they have been labelled Wahhabis)

This is what I have found out and I stand by my view.

Now, I'm not going to ask you to immediately believe in what I've just suggested. No no. Not for now, anyway. That would be believing in something blindly which is really not recommended in Islam. I may be right. But then, I'm also a normal human being, prone to making mistakes and I definitely may be wrong! Rather, I'm suggesting for those who are interested, not to judge firstly, but to keep an open mind, do your own research and find out for yourselves.


Then, only after learning from both sides of the story, decide for yourselves which is more accurate.Whether there is really such thing as Wahhabi or that Wahhabis do really exist as others might suggest.

At least then, it would be your own opinion and not under the influence of someone else's. That you have strived to search for the truth, have been fair and just in your judgement and not being biased, relying only on one half of the story and being totally ignorant of the other.

Because, in the end, we are the one's who will be responsible for our own actions... May Allah guide us all to the truth and also guide us whenever we forget or fall into error. Ameen.

And Allah SWT knows best.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Excerpt from this book.. "Siapakah Ahli Sunnah yang sebenar" by Dr Azwira Abdul Aziz link here --> Click!

Jika dilihat dari sudut bahasa, perkataan Wahabiyyah itu sangat quddus (suci) kerana ia berasal daripada perkataan Wahhab yang merupakan salah satu daripada nama Allah Subhanahu wa Ta’ala (Al-Wahhab). Perkataan Wahhab itu juga sinonim dengan nama ayahnya ‘Abd Al-Wahhab, manakala namanya yang sebenar (Muhammad) menyamai nama Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Jika dilihat dari segi kesesuaian nama, sepatutnya gerakan itu digelar Muhammadi dan bukannya Wahabi, kerana orang yang dianggap sebagai pengasas gerakan itu bernama Muhammad dan bukannya Wahhab.

Persoalannya, kenapakah suatu gerakan yang dianggap sesat itu digelar dan dinisbahkan kepada nama Allah yang Maha Quddus, dan juga kenapakah ia dinisbahkan kepada nama ayah dan bukan kepada nama sebenar tokoh berkenaan? Sebenarnya, penulis sendiri sejak sekian lama tertanya-tanya berkenaan hal ini, sehinggalah seorang sahabat mengisyaratkan kepada kewujudan sebuah risalah yang membahaskan persoalan tersebut.

Risalah itu mencatatkan bahawa istilah Wahabiyyah itu pada asalnya adalah gelaran bagi puak-puak Khawarij yang muncul di kawasan Utara Afrika dan Maghribi. Ia dinisbahkan kepada pimpinan puak Khawarij kerajaan Ar-Rustumiyyah bernama ‘Abd Al-Wahhab Ar-Rustumi dan juga pimpinan puak Khawarij Al-Haruriyyah yang bernama ‘Abd Allah Ibn Wahab Al-Wasibi. Kedua-dua puak Khawarij ini muncul lama sebelum kemunculan gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab [Muhammad ibn Sa’ad Ash-Shuwai’ir, Tashih Khata’ Tarikhi Haula Al-Wahhabiyyah, 1413H, Hal: 4, Dalam Prof. Nasir Ibn ‘Abd Al-Karim Al-’Aql, Islamiyyah La Wahhabiyyah, Dar Kunuz Isybiliya, Riyadh, Arab Saudi, 2004, Hal: 36]

Oleh kerana ada persamaan pada nama mereka dari segi kewujudan perkataan wahhab itu, maka persamaan itu, yang lebih merupakan satu “kebetulan”, diambil kesempatan oleh para pendukung bid’ah untuk mengaitkan gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab dengan puak berkenaan. Dengan memberinya gelaran puak Khawarij, maka mereka telah berjaya memburukkan imej gerakan islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab pada kaca mata sebahagian besar umat Islam yang jahil. Akibatnya,usaha baik yang dilancarkan untuk memurnikan tauhid, membetulkan aqidah dan menghidupkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah disalah anggap sebagai gerakan Khawarij yang menyimpang daripada ajaran Islam.

Imej gerakan dakwah islah Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab itu menjadi lebih buruk apabila para pendukung bid’ah dengan niat yang jahat sengaja mengaitkannya dengan faktor kejatuhan kerajaan ‘Uthmaniyyah Turki (akan dijelaskan dalam perbincangan Tohmahan 7, insyaAllah). Manakala pada hari ini, terutamanya selepas peristiwa 11 September, istilah wahabiyyah digunakan secara negatif pula oleh media-media barat bagi menggambarkan para pendukung Sunnah yang berpegang teguh dengan ajaran Islam sebagai fundamentalis, ekstrimis, pengganas dan militan agama. Apa yang menyedihkan persepsi negatif barat ini diterima pakai oleh umat Islam sendiri sehingga mereka turut memerhatikan saudara seislam mereka melalui kaca mata barat. Wala Haula Wala Quwwata Illa Billah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Excerpt from al-Halal wa al-Haram fi Al-Islam(Halal Dan Haram Dalam Islam - edisi Melayu 1980) by Dr Yusuf al-Qaradawi

Saya melihat kebanyakan para peyelidik Islam di zaman moden ini hampir-hampir terbahagi dalam dua golongan:

Golongan Pertama: pandangannya disambar oleh kilauan kebudayaan barat; dan berhala yang besar ini ditakuti mereka sehingga kebudayaan itu disembahnya. Dan untuk ini mereka lakukan dengan penuh pengorbanan serta berdiri di hadapannya dengan menundukkan pandangannya dengan penuh kerendahan. Cara berfikir dan tradisi barat ini mereka jadikan sebagai suatu persoalan yang diterima yang tidak perlu ditentang dan diperdebatkan. Kalau Islam itu sesuai dengan fikiran dan tradisi barat, mereka berusaha menyambutnya; tetapi kalau bertentangan, mereka berusaha mencari jalan untuk mendekatkan, atau beralasan, atau mentakwil dan merubahnya, yang seolah-olah Islam itu diharuskan tunduk kepada kebudayaan barat, filsafat barat dan tradisi barat.

Demikian menurut apa yang dapat kami tangkap dari pembicaraan mereka tentang sesuatu yang diharamkan oleh Islam, misalnya; patung, lotri, riba, free love, penonjolan anggota wanita, laki-laki memakai emas dan sutera dan sebagainya.

Mereka lupa bahawa Islam itu Kalamullah (perkataan Allah), sedang Kalamullah itu selamanya tinggi; ia diikuti, bukan mengikuti, ia tinggi tidak dapat diatasi. Oleh kerana itu bagaimana mungkin Allah akan mengikuti hambaNya; bagaimana pula Khaliq(pencipta) mengikuti makhluk(yang dicipta)?

Firman Allah:

“Andaikata kebenaran itu mengikuti hawanafsu meraka, niscaya langit dan bumi ini serta makhluk yang di dalamnya akan rosak!” (Surah al-Mu’minun:71)

“Katakanlah Muhammad! Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang dapat menunjukkan ke jalan yang benar? Katakanlah: Allahlah yang menunjukkan ke jalan yang benar. Apakah Zat yang menunjukkan ke jalan yang benar itu yang lebih patut diikuti ataukah orang yang tidak dapat memimpin kecuali (sesudah) dia dipimpin (itu yang lebih patut diikuti)? Bagaimana kamu berbuat begitu? Bagaimana kamu mengambil keputusan?" (Surah Yunus: 35)

Golongan kedua: terlalu apatis, fikirannya beku dalam menilai beberapa masalah halal dan haram, kerana mengikuti apa yang sudah ditulis dalam kitab-kitab, dengan suatu anggapan, bahawa itu adalah Islam. Pendapatnya sama sekali tidak mahu bergesar, walaupun seutas rambut; tidak mahu berusaha untuk menguji kekuatan dalil yang dipakai oleh mazhabnya untuk dibandingkan dengan dalil-dalil yang dipakai orang lain, guna mengambil suatu kesimpulan yang benar sesudah ditimbang dan diteliti.

Apabila mereka ditanya tentang hukumnya musik, nyanyian, catur, mengajar perempuan, perempuan membuka wajah dan tangannya dan sebagainya, maka kata-kata yang paling mudah keluar dari mulutnya ataupun penanya yang berguris, adalah ‘haram’.

Golongan ini lupa etika yang dipakai oleh salafus-shalih (para sahabat, tabi’in dan atba’uttaabi’in), di mana mereka sama sekali tidak pernah mengatakan haram, kecuali setelah diketahuinya dalil yang mengharamkannya dengan positif. Sedang yang belum begitu jelas, mereka mengatakan: “Kami membenci”,”Kami tidak suka”, dan sebagainya.

Saya sendiri berusaha tidak termasuk pada salah satu dari dua golongan di atas.

Saya tidak rela – demi membela agamaku – untuk menjadikan Barat sebagai suatu penyembahan, sesudah saya menerima Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Rasul!

Saya pun tidak rela – rasionalku – terikat dengan suatu mazhab, dalam seluruh persoalan dan masaalah, salah benar hanya mengikut suatu mazhab. Seorang muqallid (pengikut) menurut Ibn Jauzi: “Tidak dapat dipercaya tentang apa yang diikutinya itu, dan taqlid itu sendiri sudah menghilangkan erti rasional, sebab rasional dicipta buat berfikir dan menganalisa. Buruk sekali orang yang diberi lilin tetapi dia berjalan dalam kegelapan.”

Benar! Memang saya tidak akan berusaha untuk mengikatkan diriku pada salah satu mazhab fiqh yang ada di dunia ini. Sebab kebenaran itu bukan dimiliki oleh suatu mazhab sahaja. Dan imam-imam mazhab itu sendiri tidak pernah menganjurkan demikian. Mereka hanya berijtihad untuk mengetahui yang benar. Jika ternyata ijtihad mereka itu salah, akan mendapat satu pahala; dan jika benar, akan mendapat dua pahala.

Imam Malik r.a. berkata: “Setiap orang, kata-katanya boleh diambil dan boleh juga ditolak, kecuali Nabi Muhammad s.a.w.”

Imam Syafi’i r.a. berkata: “Apa yang saya anggap benar, mungkin juga salah; dan yang saya anggap salah, mungkin juga benar.”

Oleh kerana itu tidak pantas seorang muslim yang berpengetahuan (alim) dan memililki peralatan untuk menimbang dan menguji, bahawa dia akan menjadi tahanan oleh suatu mazhab, atau tunduk kepada pendapat seorang ahli fiqh. Tetapi seharusnya dia mahu menjadi tawanan hujjah dan dalil. Selama dalil itu sah dan hujjahnya kuat, maka dialah yang lebih patut diikuti. Kalau sanadnya itu lemah dan hujjahnya pun tidak kuat, dia harus ditolak tidak memandang siapapun yang mengatakannya.

Justeru itulah sejak awal lagi Ali r.a. mengatakan: “Jangan kamu kenali kebenaran itu kerana manusianya, tetapi kenalilah kebenaran itu, maka kamu akan kenal orangnya.” (m/s 2-5 Halal Dan Haram Dalam Islam)

Just to add.. Tidak salah untuk bermazhab, tapi salah apabila kita bersikap extrim, taksub kepada seseorang atau sesuatu pendapat, hingga enggan mengubah kebiasaan terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama walaupun telah mengetahui adanya bukti(dalil) yang sahih dan kuat diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w.

(di bawah petikan dari artikel di drmaza.com..)

...mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas (ayat-ayat) hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut.

Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat.

Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34).

Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263).

Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama. (petikan dari artikel --> http://drmaza.com/home/?p=404)

Wallahu'alam

2 comments:

Anonymous said...

apa itu dalil?

apa itu nas?

diharap tuan dapat memberi penjelasan...terima kasih..

redtide said...

Salam 'alaik..

Dalil dari perkataan bahasa 'arab daleel..maknanya bukti/proof/ evidence

Nas pun dari bahasa arab maknanya text/ script/ayat2 dari al-Qur'an atau hadith misalnya.