Thursday, June 28, 2007

Something to ponder..

Petikan dari drmaza.blogspot.com..

Dalam Raudah al-Muhibbin Ibn al-Qayyim menyebut: “Syeikh kami (Ibn Taimiyyah) menceritakan kepadaku: “Apabila aku sakit, tabib menyatakan kepadaku: “Sesungguhnya mentelaahmu dan cakapmu dalam ilmu pengetahuan menambahkan sakitmu”. Jawabku: “Sesungguhnya aku tidak sabar untuk itu. Aku ingin menilai pandanganmu dengan ilmu perubatanmu; tidakkah jiwa apabila ia gembira dan suka maka tabiatnya menjadi kuat dan menolak penyakit?”. Jawab dia: “Ya”. Aku berkata: “Sesungguhnya diriku bergembira dengan ilmu, maka tabiatnya menjadi kuat, lalu aku mendapati kerehatan.”

Demikianlah ulama yang cemerlang. Mereka tidak bergantung kepada air jampi atau pensel dan pemadam jampi sebelum memasuki peperiksaan. Juga tidak air surah Yasin yang masyarakat Melayu sering meminum airnya dengan melupakan kandungan ayatnya.

Generasi lalu cemerlang kerana mementingkan ilmu dan ikhlas kepada Allah dalam menuntutnya. Bukan hanya mementingkan sijil. Sikap mereka yang ikhlas terhadap ilmu dan berusaha agar cemerlang dalam bidang yang diceburi membawa Islam gemilang dan terbina tamadun ilmunya.

Ramai anak Melayu hanya mementingkan sijil tetapi tidak kualiti ilmunya. Akhirnya ramai yang mendapat sijil, namun tidak tertonjol kualitinya. Maka, lahirlah golongan yang tiada sijil dan ada ilmu dalam masa yang sama yang lebih malu ialah golongan yang ada sijil, tiada ilmu. Ini kerana mungkin mereka membaca sekadar untuk menjawab peperiksaan, apabila tamat peperiksaan ilmu pun hilang.

Kalaulah air jampi berfungsi tanpa perlukan kesungguhan ilmu tetapi betul dalam peperiksaan, maka itu tentu melahirkan lebih ramai pelajar lulus atau berjaya tanpa ilmu.

to read the full article search "Bangsa Bukan Penentu KeIslaman" Click Here!

No comments: